Kerjasama pintar! UniMAP bantu AIU bangun sistem pengurusan
Published byDEMI memudahkan kegunaan mahasiswa dan kakitangan, Albukhary International University (AIU) baru-baru ini menginspirasi projek pembangunan yang dibangunkan sendiri oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk kegunaan mahasisiwa dan kakitangan universiti swasta terkenal di negeri Jelapang Padi. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan universiti:
https://kitareporters.com/search?search=universiti
Kedua-dua university yang berjiran itu memeterai kerjasama strategik bagi menjayakan projek penyelidikan dan pembangunan Sistem Pengurusan Pintar untuk kegunaan AIU.
Dah nama pun jiran tak salah berkongsi kepakaran kan??
Projek penyelidikan dan pembangunan system tersebut yang dijalankan menerusi anak syarikat UniMAP,
Technopreneur At UniMAP Sdn. Bhd (TUSB) membabitkan penyediaan lima sistem
pengurusan standard universiti merangkumi aspek sumber manusia, akademik,
kehadiran bertugas serta pengurusan penginapan.
DELEGASI UniMAP dibawa melawat sekitar kampus AIU di Alor Setar, Kedah baru-baru ini. - Foto Ihsan: UniMAP.
Kedua-dua university berkenaan memeterai Memorandum Persetujuan (MoA) untuk bekerjasama dalam majlis yang ringkas tetapi penuh bersejarah yang diadakan di kampus AIU, baru-baru ini.
Pada majlis tersebut, UniMAP diwakili sendiri Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad dan Pengurus TUSB, Prof. Madya Ir. Dr. Muhammad Mokhzaini Azizan manakala AIU diwakili Presiden dan Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Abd. Aziz Tajuddin dan Pendaftar AIU, Prof. Datuk Dr. Mohd. Hafiz Yusoff. Majlis disaksikan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah TUSB, Shahrudin Othman dan Timbalan Naib Canselor AIU, Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail.
Terdahulu, semua sistem tersebut yang dibangunkan oleh
Pusat Pengurusan dan Pembangunan Digital (DMDC) UniMAP telah digunakan oleh
UniMAP sendiri dan terbukti berjaya menjimatkan kos.
Menariknya lagi, semua proses berkenaan boleh
dilaksanakan menggunakan telefon pintar masing-masing.
Inilah nama teknologi... mudah dan jimat kan!
Dr. R Badlishah berkata, sistem tersebut
terdiri daripada Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS), Sistem Pengurusan
Akademik dan Portal Pelajar (AMIS), Sistem Pengurusan Akademik Pasca Siswazah
(GAMIS), Sistem Pengurusan Kemudahan Penginapan (HOMES) dan Sistem Pengurusan
Informasi Kedatangan.
TANDA setuju bekerjasama antara kedua-dua universiti dalam membangunkan Sistem Pengurusan Pintar.
“Sebagai contoh, sistem kehadiran berasaskan geolokasi
(GPS) yang dibangunkan awal tahun lalu ketika Majlis Ucaptama Tahunan dan
dikembangkan penggunaannya susulan tercetusnya pandemik COVID-19 lalu, membantu
pihak pengurusan mengesan lokasi kakitangan dan pelajar UniMAP sepanjang tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sistem berkenaan juga dapat dipadankan dengan status
zon COVID-19 yang dikategorikan hijau, kuning atau merah untuk memudahkan
UniMAP menyusun jadual pergerakan pulang pelajar ke kediaman masing-masing,” ujarnya.
Sistem itu juga bakal diaplikasikan kepada kemasukan
pelajar yang akan datang, UniMAP akan terus memadankan data pelajar dengan
kawasan-kawasan berisiko.
Wah…senangnya, tak perlu risau lagi berlaku jangkitan
dan risiko COVID-19 dan juga berebut-rebut untuk daftar nanti!
Sementara itu, Dr. Abd. Aziz yakin projek pembangunan pintar berkenaan memberi kemampuan
untuk menilai pencapaian pelajar dan kakitangan secara berkala dan yang lebih
unik mampu memberikan amaran sekiranya berlaku keganjilan dalam data yang direkodkan.
“AIU amat mementingkan sistem yang mesra pengguna dan
pada masa sama mengembangkan prosuder intervensi. Menerusi MOA ini juga, sistem
yang dibangunkan ini akan menjadi milik AIU sepenuhnya.
“Sebagai sebuah universiti yang baharu, sistem ini
amat penting bagi mengukur pencapaian pelajar secara holistik dan pada masa
sama mempunyai kemampuan untuk menilai data dengan ketepatan dan kapasiti yang
tinggi,” katanya.
Semoga kerjasama kedua-dua university di utara itu berjaya, sekali gus memberi manfaat kepada mahasisiwa dan kakitangannya nanti.
Good Luck AIU dan Tahniah UniMAP!! - KitaReporters