Keadaan banjir di Terengganu kembali pulih sepenuhnya! Namun ATM tetap siap siaga diatur gerak!
Published byHishamuddin Hussein memeriksa perbarisan anggota ATM di Kem Seri Pantai Seberang Takir,Kuala Terengganu
KEADAAN banjir di Negeri Terengganu dilaporkan telah hampir pulih sepenuhnya berikutan cuaca kembali panas dan hujan kian reda sejak beberapa hari lalu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengenai situasi banjir di negeri itu juga telah hampir pulih sepenuhnya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Angkatan Tentera Malaysia
Pemandangan dari udara keadaan Sungai Setiu yang diambil oleh Unit Dron JBPM Terengganu
Katanya, berdasarkan taklimat dari Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) serta beberapa agensi
sehingga jam 12.00 tengah hari pada Khamis, 6 Januari 2022 Terengganu kembali
pulih daripada banjir.
Hishammuddin berkata, beliau berpuas hati dengan kerjasama erat antara ATM dan Kerajaan Negeri serta pelbagai agensi dalam melaksanakan operasi banjir di daerah yang terjejas di negeri tersebut yang disifatkannya cukup erat dan berkesan.
Keadaan air di Kampung Nyatoh di pinggir Sungai Setiu. - Kredit gambar: Dron JBPM Terengganu
Malah, katanya, koordinasi di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) peringkat daerah mahupun negeri antara ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta setiap agensi turut berjalan dengan lancar.
“Gabungan aset-aset milik ATM dan setiap agensi juga amat membantu bagi memindahkan mangsa banjir ke kawasan selamat khususnya Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta mengagihkan makanan dan barang keperluan ke PPS serta kawasan yang terputus hubungan jalan darat,” katanya pada sidang media khas Ops Murni ATM di Terengganu di Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Seri Pantai, Seberang Takir,Kuala Terengganu pada Khamis, 6 Januari 2022.
Hishammuddin mengaminkan doa sejurus tiba di Kem Seri Pantai, Seberang Takir, Kuala Terengganu. - Kredit gambar: Media MB
Bagaimanapun, beliau mengingatkan, walaupun situasi banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya, komitmen ATM untuk terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri serta setiap agensi berkepentingan tidak berganjak.
Katanaya, fokus dan keutamaan menerusi Operasi Murni (Ops Murni) ATM Negeri Terengganu kini adalah membantu melaksanakan kerja pembersihan pascabanjir terutama di kawasan tumpuan seperti kediaman, rumah ibadat, sekolah dan klinik kesihatan.
Anggota ATM membawa seorang pesakit dari Pulau Tioman, Pahang menggunakan helekopter ke Hospital Kuantan.
Selain
itu, katanya, usaha juga dipergiatkan untuk membantu kerja-kerja baik pulih
jambatan yang terjejas serta membantu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan ujian pengesanan COVID-19 terutama
terhadap mangsa-mangsa banjir.
Katanya, bagi tujuan berkenaan, 1,026 anggota melalui 4 pasukan sudah bersiap siaga untuk diatur gerak ke seluruh negeri Terengganu pada bila-bila masa. Ini tidak termasuk 182 anggota Tentera Darat Malaysia yang telah diatur gerak ke daerah terjejas banjir di negeri ini sejak hari pertama.
Hishammuddin meninjau keadaan sungai di Terengganu menggunakan helikopter
“Saya juga telah maklum kepada Menteri Besar, sekiranya terdapat sebarang keperluan tambahan, maklum terus sama ada kepada saya, Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat atau wakil-wakil ATM di PKOB. ATM akan bantu apa jua yang terdaya demi keselamatan dan kebajikan rakyat Terengganu,” kata Hishammuddin.
Anggota JBPM Terengganu membuat pemantau paras air di sebuah sungai di daerah Dungun,Terengganu
Sementara itu, JBPM Terengganu, giat membuat pemantauan udara dengan menggunakan dron untuk memantau keadaan semasa dan paras air di sungai-sungai utama di negeri itu.
Pemantauan tersebut dilakukan oleh Unit Dron JBPM Terengganu dengan bantuan Unit Dron APM Wilayah Timur dan Unit Dron JBPM Kedah. - KitaReporters
Gambar sebatang sungai di daerah Dungun yang dirakam dari udara yang diambil oleh Unit Dron JBPM.