Berita Terkini| Laluan ECRL 3.0 diubah semula ke laluan asal ECRL 1.0! Anggaran kos bina RM50b

Published by
KitaReporters

JAJARAN Utara akan meningkatkan kebolehmampuan projek ECRL dan seterusnya memberi lebih manfaat kepada ekonomi, alam sekitar dan sosial. - Kredit foto: Astro Awani.


Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan ditambah baik dan diubah semula ke laluan asalnya, iaitu Jajaran Utara dengan kos anggaran pembinaan sebanyak RM50 bilion.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata jajaran baharu yang dikenali sebagai ECRL 3.0 itu dilaksanakan setelah mengambil kira hasil perbincangan dan permuafakatan dengan pihak berkepentingan yang terbabit dengan projek ECRL seperti kerajaan negeri, agensi kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pemain industri.


KEPUTUSAN untuk mengubah semula jajaran Seksyen C ECRL ke Jajaran Asal yang dicadangkan pada 2016-2017. - Kredit foto: media.edgeprop.my 


“Kementerian Pengangkutan (MOT) membuat keputusan untuk mengubah semula jajaran Seksyen C ECRL ke Jajaran Asal yang dicadangkan pada 2016-2017.

"Jajaran asal Seksyen C ini, yang juga dikenali sebagai Jajaran Utara, akan membabitkan laluan ECRL dari Mentakab ke Pelabuhan Klang melalui Bentong, Gombak dan Serendah berbanding Jajaran Selatan yang melalui Negeri Sembilan,” katanya di Putrajaya yang dipetik Berita Harian, pada Isnin 5 April 2021.

Ka Siong menambah, jajaran Seksyen C ECRL 3.0 dianggarkan merangkumi 201 kilometer termasuk 32.4 kilometer jajaran sisihan berbanding jajaran sebelum ini 185.5 kilometer termasuk 41.5 kilometer jajaran sisihan.

Sekyen C ini menjadikan keseluruhan jajaran dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang dengan perubahan terkini adalah sepanjang 665 kilometer.  - KitaReporters


2
0
0
0
0

Copy Link: