Nak tahu jantina bayi! Suami belah perut isteri dengan sabit

Published by
KitaReporters

BAGI pasangan suami isteri, berita kehamilan adalah momen paling indah, tidak kisah jantina apa yang dikandung mesti menguntum senyuman lebar. Bagi si suami itu saat menyeronokkan kerana berasa bangga dengan kehebatan dirinya dan berangan-angan jantina bayi yang bakal diperolehi. : KitaReporters

ANITA Devi diberikan rawatan selepas mengalami pendarahan yang krital selepas perutnya dibelah menggunakan sabit oleh suaminya. - Kredit foto: Times Of India.


Lagi cerita-cerita dari India:

https://kitareporters.com/search?search=India


Malah dalam dunia semakin moden hari ini, jantina anak yang bakal dilahirkan juga boleh ketahui pada awal kehamilan, namun tidak semua tempat mempunyai kelengkapan perubatan untuk berbuat demikian.

Namun di sebaliknya berlaku di Bareilly, India apabila seorang suami dikatakan berang selepas mengetahui kandungan isteri yang keenam ini juga adalah juga anak perempuan kerana dia mengharapkan anak yang bakal dilahirkan itu seorang anak lelaki.


Semua tu rezeki Allah siapalah kita mahu menentukan!

Memetik lapoan Times of India, seorang lelaki yang dikenali Pannalal dikatakan tergamak membelah perut isterinya yang mengandung empat bulan dengan sebilah sabit semata-mata mahu memastikan jantina kandungan isterinya yang keenam itu.

Terdahalu pasangan Pannalal dan isterinya Anita Devi dikurniakan kesemua lima anak perempuan dan mengharapkan kandungan terbaharu itu adalah anak lelaki.

Aduh!!! Masih ada yang dangkal walaupun dunia semakin moden dan menganggap ‘kehadiran’ anak perempuan sangat memalukan.

DIKEJARKAN ke hospital selepas suaminya bertindak ganas membelah perut isterinya dengan sebilah sabit untuk mengetahui jantina bayi yang dikandung.


Lebih menyedihkan lelaki itu juga pernah memaksa isterinya menggugurkan kandungan itu selepas mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan.

Alahai orang lain kemain berubat untuk dapatkan zuriat, dia pula minta isteri menggugurkan!

Dalam kejadian memilukan itu Pannalal dikatakan menyerang isterinya di rumah mereka di daerah UP’s Budaun, sekali gus menyebabkan berlaku pendarahan teruk sebelum dikejarkan ke hospital Safdarjung  untuk rawatan lanjut.

Walaupun keadaan Anita kritikal akibat pendarahan teruk, namun nyawa bayi masih boleh diselamatkan.

Kini suami durjana itu telah ditahan pihak polis di bawah seksyen 307 kerana cubaan membunuh.

Sepatutnya bersyukur dikurniakan anak yang ramai kerana ramai lagi di luar sana berikhtiar untuk memiliki cahaya. - KitaReporters

5
1
3
0
6

Copy Link: