DALAM berhadapan krisis pendemik membunuh Covid-19, pastinya pencinta kucing dan anjing berasa lega dengan berita ini. Ini kerana, Ketua Perubatan Verterinar Universiti California di Amerika Syarikat mendakwa  setakat ini, tiada bukti haiwan boleh sebar Covid-19 kepada manusia. : KitaReporters

Kredit foto: FB @PenangKini (https://www.facebook.com/penangkini/)


Menurut Jane Sykes, anjing dan kucing boleh dijangkiti tetapi ia bagai 'perumah mati' kerana menerusi haiwan berkenaan, virus tidak berupaya memindahkannya kepada manusia atau haiwan lain.

"Haiwan memiliki sistem imunisasi tinggi semula jadi menyebabkan wabak itu tidak memberi kesan ketara kepada tubuh mereka, malah kes di Hong Kong membabitkan dua ekor anjing yang dijangkiti wabak daripada manusia sudah pulih.

"Secara umumnya, manusia akan lebih mudah berjangkit menerusi manusia lain bukan daripada haiwan.

"Kajian lanjut diperlukan adakah haiwan memiliki antibodi semula jadi untuk melawan virus berkenaan ini.

" Dalam kes anjing, ujian menunjukkan ia positif lemah iaitu hanya dikesan pada bulu dan hidung. tetapi tidak menunjukkan simptom jangkitan ketara tetapi tidak pada kucing," kata Sykes kepada media HuffPost.

Jelasnya, virus itu mungkin menghinggap bulu dan hidung anjing dan kucing, jadi dengan memandikan mereka lebih kerap dan simpan ia di dalam rumah boleh membantu daripada jangkitan. 



Gambar hiasan oleh penulis


Sebelum ini, ada laporan media mendakwa sup kelawar sebagai punca wabak, namun ada pakar menyangkalnya kerana virus akan mati pada suhu tinggi dan mendakwa kemungkinan kelawar itu dimakan mentah-mentah.

Malah, ada pula yang mendakwa kelawar itu dijangkiti daripada tikus yang terdedah radiasi yang menjadi punca virus itu aktif dan merebak setelah ia dimakan kelawar berkenaan sebelum memindahkan wabak kepada manusia.

Dalam kes terbaru yang dilaporkan The Brussels Report, seekor kucing telah dijangkiti Covid yang disebarkan oleh pemiliknya.

Ketua Penyakit Virus di Institut Kesihatan Belgium, Steven Van Gucht berkata, jangkitan virus itu dikenal pasti pada haiwan.

"Kucing itu tinggal bersama pemiliknya, seorang wanita yang mula menunjukkan simptom kira-kira seminggu sebelum kucing tersebut mengalami kesukaran untuk bernafas, cirit-birit dan muntah-muntah," katanya.

Difahamkan, ia adalah kes pertama melibatkan jangkitan pada kucing walaupun pegawai kesihatan di Hong Kong mengesahkan dua anjing di bandar raya tersebut telah dijangkiti Covid-19.

"Ia ialah kes terpencil. Risiko penyebaran antara manusia dan haiwan adalah sangat rendah

"Tiada bukti menunjukkan virus tersebut boleh disebarkan daripada haiwan peliharaan kepada manusia dan haiwan peliharaan lain. " katanya.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mendedahkan identiti wanita terbabit yang tinggal di bandar Liege yang majoriti penduduknya berbahasa Perancis. - KitaReporters


1
0
0
0
0

Copy Link: