Kreatif! Sisa plastik jadi batu turap! Atasi pencemaran alam
Published byBERBANDING kertas, sememangnya plastik lebih tahan lasak. Jadi, tidak hairanlah kebanyakan pasar raya menggunakannya sebagai beg untuk meletakkan barang-barang yang dibeli pelanggan. Namun, itu cerita dulu kerana kebanyakan pasar raya kini mengehadkan penggunaan plastik demi menjaga alam sekitar. : KitaReporters
Pencemaran plastik di lautan mendatangkan malapetaka buat hidupan laut. - Kredit foto: Google Image
Lagi kisah-kisah berkaitan plastik:
https://kitareporters.com/search?search=plastik
Pencemaran plastik merupakan isu global yang tidak dapat dielakkan. Hal ini memandangkan plastik digunakan secara meluas dalam pelbagai aktiviti seharian di seluruh dunia.
Bukan sahaja di darat, plastik juga mencemarkan lautan sehingga memusnahkan hidupan di dalamnya.
Biasanya, plastik yang dibuang memerlukan masa sehingga 1,000 tahun untuk terurai. Manakala beg plastik pula mengambil masa di antara 10 sehingga 1,000 tahun.
Bagi botol plastik pula, masa yang diambil untuk terurai adalah melebihi 450 tahun.
Sisa sampah plastik dibakar sebelum dijadikan blok paving. - Kredit foto: Kumparan.com
Justeru, pelbagai usaha dilakukan untuk mengurangkan
penggunaan plastik termasuk mengkitar semula menjadi bahan tertentu.
Mungkin kisah yang berlaku di Indonesia ini boleh
dijadikan contoh dan panduan bagaimana plastik dikitar semula menjadi bahan
binaan.
Lapor portal Kumparan.com, telah tular satu video
TikTok menunjukkan seorang lelaki mengitar semula plastik terbuang menjadi
bahan binaan iaitu paving block (bahan turap).
Setelah plastik dicairkan, ia akan dituangkan ke dalam acuan. - Kredit foto: Kumparan.com
Inovasi tersebut sedikit sebanyak membantu
mengurangi masalah pencemaran sisa plastik.
Dalam video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @ danyang96, sampah plastik itu dibakar terlebih dahulu. Setelah plastik tersebut cair, ia dimasukkan ke dalam acuan bahan turap.
Bahan turap biasanya diperbuat daripada bancuhan simen, pasir serta air dan digunakan untuk menutupi permukaan tanah seperti di tempat letak kereta, taman, laluan pejalan kaki atau di halaman rumah.
Beginilah hasil bahan turap yang telah siap. - Kredit foto: Kumparan.com
Jadi, usaha dan kreativiti lelaki ini medapat perhatian netizen yang kagum dengan hasil tersebut.
Namun, ada juga netizen yang mahu ia diperbaiki lagi kerana asap daripada pembakaran plastik itu juga boleh menyebabkan pencemaran udara. - KitaReporters
Antara komen netizen yang menyarankan agar dikurangkan asap pembakaran. - Kredit foto: Kumparan.com