Pintu pagar pun kena curi? Jumlah kes di Besut meningkat!
Published byKEBIASAANYA pencuri melakukan aktiviti mencuri dengan mengambil barang-barang berharga yang berada di dalam rumah seperti barang kemas, wang dan kenderaan yang berada di luar rumah. Bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak percaya jika mereka tidak dapat barang-barang berharga, penjenayah tetap melakukan aktiviti tersebut termasuk mencuri pintu pagar utama untuk masuk ke premis tertentu. : KitaReporters
Klinik Kesihatan Kuala Besut
Lagi kisah-kisah berkaitan kecurian:
https://kitareporters.com/search?search=kecurian
Kes kecurian pintu pagar stainless steel (keluli tahan karat) yang kerap berlaku di daerah Besut, Terengganu mungkin dianggap remeh sesetengah pihak tetapi apabila ia sering berlaku ia boleh dianggap luar biasa.
Bagaimanapun, tindakan pencuri melakukan aktiviti mencuri pintu pagar tersebut akhirnya terbongkar apabila polis berjaya menahan suspek yang sudah lama melakukan kegiatan tersebut.
Tular dalam media sosial kes kecurian pintu pagar Klinik Kesihatan Kuala Besut, Terengganu.
Kes kecurian pintu pagar tersebut sebelum ini tular
dalam media sosial yang dianggap pelik oleh netizen kerana ia jarang berlaku di
daerah itu.
Bertindak atas maklumat orang ramai anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, diketuai Inspektor Mojd Zaki pada jam 4.30 petang 19 Disember 2020 telah membuat serbuan di kawasan Padang Bola Kampung Pacakan, Kuala Besut dan menahan seorang lelaki Melayu berusia 38 tahun.
Abd Rozak Muhammad
Ketua Polis Daerah Besut, Superentandan Abd Rozak Muhammad ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, hasil temu bual dan soal siasat dengan dipandu arah oleh Orang Kena Tuduh (OKT), polis telah pergi ke sebuah bengkel Jalan Padang Luas, Kampung Padang Luas, dekat Jertih, Terengganu dan telah menunjukkan dua unit pintu pagar stainless yang dicuri serta sebuah lori yang dipercayai digunakan semasa kejadian.
Katanya, susulan itu dengan dipandu arah oleh OKT, polis telah pergi sebuah kebun dan kandang kambing di Kampung Padang Luas, telah menunjukkan satu unit pintu pagar stainless steel yang berada di dalam sebuah bangsal di dalam kebun tersebut.
Pintu pagar Padang Bola Kampung Pacakan, Kuala Besut yang baru siap dipasang dicuri oleh pencuri.
Beliau berkata, OKT juga telah mengaku telah mencuri pintu pagar stainless steel di Dewan Gong Nering, Klinik Kesihatan Kuala
Besut, Dewan Beris Baru dan Padang Bola Pachakan dengan lori sama dan dibawa
balik bengkel di Kampung Padang Luas.
“Kesemua pagar yang dicuri dalam proses ubah suai untuk dijual kepada pelanggan yang lain mengikut permintaan,” katanya.
Suspek kini ditahan reman sehingga 25 Disember 2020 mengikut seksen Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - KitaReporters
Pintu pagar Padang Bola Kampung Pacakan, Kuala Besut dicuri oleh pencuri.