SETELAH jajaran Kajang dan Bandar Baru Bangi menerima sambutan yang luar biasa, pada hujung minggu ini dua lagi Elewsmart bakal dibuka, satu di Sungai Buloh dan satu lagi di Damansara. Pembukaan dua cawangan pertama Elewsmart di Bandar Baru Bangi dan Kajang telah memperlihat pengunjung sanggup beratur beratus-ratus meter panjangnya demi merasai kehangatan yang diuar-uarkan netizen dalam media sosial (medsos). : KitaReporters 



Mengambil lokasinya di Dataran Villa Putra Sungai Buloh pada Sabtu 25 Julai 2020 ini dan keesokan harinya pada 26 Julai 2020 di Pelangi Square, Damansara, Petaling Jaya, pendakwah bebas terkenal dan usahawan muda berjaya, Ustaz Ebit Lew mengajak semua pelanggan yang berdekatan hadir memeriahkan pembukaan cawangan kedai runcit patuh syariah yang sekian kalinya dibuka itu.

Sebenarnya individu yang bergaji purata RM3,000 hingga RM4,500 di kawasan bandar merupakan mereka yang dicap sebagai golongan miskin bandar dan perlu dibantu.

Inisiatif Elewsmart yang dibuka bagi membantu dan meringankan beban masyarakat dan orang awam adalah sangat berpadanan terutama dibuka di kawasan bandar pesat dan metropolitan.

Ustaz Ebit Lew pusing-pusing di lokasi Elewsmart Sungai Buloh


"Promosi Cornetto 10 sen, Nescafe 40 sen, susu 70 sen, Chipsmore 90 sen, kicap 90 sen, Maggi tomyam 90 sen.

"Buat 300 terawal ya. Di Bangi dan Kajang baru ini masa pembukaan kita tambah sampai 600 orang tarawal.

"Terharu ada dari Kedah, Penang, JB yang hadir baru ini. Anak muda ramai hadir. Makcik pakcik lagi jauh-jauh datang. Tadi jumpa dari Kota Tinggi.

"Terima kasih semua", ujarnya gembira.


Sementara itu, pembukaan Elewsmart telah membuka hati aktivis masyarakat, Ayahanda Rani Kulop untuk bersama-sama meraikan serta melawat di premis pertamanya di Bandar Baru Bangi, Selangor. 

Ayahanda Rani Kulop atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup Abdullah merupakan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pernah menggegarkan negara dengan laporan-laporan drastiknya kepada pihak polis seperti kes yang melibatkan politik dan kemasyarakatan.


Kehadiran Ayahanda Rani Kulop melawat di cawangan Elewsmart Bandar Baru Bangi


Kehadiran beliau dan beberapa lagi rombongan dari Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM)  meluangkan masa bertemu Ustaz Ebit dan pusing-pusing di sekitar kedai runcitnya.

Kedai runcit Elewsmart yang mengekalkan prinsip halalan toyiban dan patuh syariah turut menawarkan barangan secara percuma bagi yang memerlukan dan fakir miskin.

Selain itu, pembukaan kedai runcit tersebut turut membuka peluang pekerjaan kepada golongan anak muda beragama islam yang masih tercari-cari pekerjaan yang diidamkan.

Ustaz Ebit dan isterinya meraikan pembukaan Elewsnart


Dalam pada itu, rata-rata netizen tidak kira apa agama menyokong penuh pembukaan Elewsmart yang disifatkan murni di kawasan-kawasan tumpuan di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Kesempitan hidup yang kian memuncak sedikit sebanyak dapat diredakan dengan pembukaan kedai runcit di cawangan-cawangan pilihan di Selangor.

Ramai netizen yang mengharapkan pembukaan Elewsmart dapat dikekalkan dan dibuka di seluruh negara termasuk Sabah dan Serawak.

Selain dapat membuka lebih banyak sumber rezeki, ekonomi sesama islam akan bercambah dengan jayanya, sekali gus menarik minat usahawan lain untuk berbakti sama. 

Ustaz Ebit Lew yang tidak henti-henti membantu, hadir dari rumah ke rumah, lobi ke lobi dan daerah ke daerah dengan misinya melihat lebih ramai lagi individu berkemampuan untuk membantu.

Semoga niat murni serta rezeki beliau lebih diperluaskan tanpa sekatan dan halangan.

Teringat penulis dalam sebuah cerita kematian yang menginsafkan, ceritanya berbunyi seperti ini.

"Ya Allah! berikanlah aku kesempatan dan bangkitkanlah aku bersama jasadku ini untuk aku bersedekah sahaja dan bukan untuk melakukan kebaikan yang lainnya! 

Ayat ini jelas membuktikan bahawa bersedekah merupakan amalan paling mulia berbanding melakukan kebaikan yang lain seperti bersolat atau mendirikan masjid yang dipinta-pinta bagi mereka yang sudah mati

Apa lagi?? Moh la kita bersedekah!!

"Allah sayang kita semua". - KItaReporters

13
1
0
0
0

Copy Link: