Video| Doktor makan najis, minum air kencing lembu! Dakwa baik untuk kesihatan, imuniti tubuh!
Published byDr Manoj Mittal
Seorang doktor di India sanggup memakan najis lembu dan minum air kencing binatang itu dengan dakwaan baik untuk kesihatan dan mampu meningkat imuniti tubuh.
Menurut Indian Express. dalam profilnya di Twitter, lelaki itu menyebut bahawa dia mempunyai kelulusan dalam bidang kedoktoran dan merupakan seorang pakar perubatan kanak-kanak.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan najis
Dia turut menggalakkan wanita agar mengamalkan pengambilan najis haiwan itu agar dapat bersalin secara normal.
Kredit foto: TimesNow News
Selepas video doktor itu tular dalam sejumlah media sosial, timbul pelbagai persoalan dan reaksi daripada netizen.
Segelintir netizen bersetuju dengan pendapat Dr Manoj, namun majoriti netizen mempersoalkan ijazah serta kelulusannya sebagai seorang doktor.
Bagi sebilangan masyarakat India yang tinggal di kawasan kampung, ada yang mempercayai khasiat najis dan air kencing lembu untuk tujuan perubatan walaupun ia tidak diiktiraf oleh perubatan moden. - KitaReporters