Zulkifli memuat naik video melalui Facebook 'Puaka Jerai '  untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan berlaku aktiviti pembalakan di Gunung Jerai sehingga mengakibatkan banjir lumpur melanda Yan.


Tragedi kepala air dari Gunung Jerai, pada Rabu, 18 Ogos, 2021 lalu yang mengorbankan beberapa nyawa dan memusnahkan banyak rumah serta menjejaskan kehidupan penduduk sekitar daerah Yan, akibat banjir lumpur, mencetuskan pelbagai dakwaan.

Selain didakwa berpunca daripada aktiviti pembalakan, fenomena itu turut dikaitkan dengan aktiviti kuari dan pembersihan hutan. Dakwaan itu tular melalui media sosial serta mencetuskan perbincangan di kalangan netizen.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tragedi kepala air

Zulkifli Hashim @ Puaka Jerai.



Walaupun Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sudah menafikan sebarang aktiviti pembalakan, namun masih ramai yang menyebar dakwaan itu dan disertakan dengan beberapa keping gambar untuk menguatkan hujah mereka.

Terpanggil untuk memperbetulkan keadaan, seorang penduduk Yan, Zulkifli Hashim, tampil menangkis dakwaan berkenaan sambil meminta netizen menghentikan penularan atau pengkongsian status yang tidak benar itu. 

Zulkifli, 42, yang dilahir dan dibesarkan di Kampung Seri Perigi, Yan, berkata apa yang disebarkan itu sama sekali tidak benar dan boleh dianggap sebagai fitnah.


Beginilah keadaan di sekitar kampung di Yan selepas dilanda banjir kilat akibat fenomena kepala air yang berlaku di Gunung Jerai. - Kredit foto: Harian Metro.


Kalau benarlah berlaku aktiviti pembalakan, sudah tentu lori-lori yang membawa balak lalu di sini, tak tahulah saya jika mereka angkut balak guna dron." 


Malah, apa yang menyedihkan, kata Zulkifli, penularan fitnah itu dilakukan oleh pihak luar yang tidak tahu keadaan sebenar sebaliknya sekadar mendengar atau membaca dakwaan yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya dilahirkan dan dibesarkan di sini (Yan) malah sehingga sekarang masih tinggal di sini. Sepanjang saya hidup, dari lahir sampai sekarang dah berumur 42 tahun, tidak pernah saya nampak lori balak lalu di kawasan ini.

“Kalau benarlah berlaku aktiviti pembalakan di Gunung Jerai, sudah tentu lori-lori yang membawa balak itu akan lalu di sini, tak tahulah saya jika mereka angkut balak guna dron,” kata Zulkifli sinis.

Mengenai dakwaan aktiviti kuari sebagai punca berlaku fenomena kepala air dan banjir lumpur, Zulkifli berkata tuduhan itu tidak berasas sama sekali kerana punca kepala air itu datang atas gunung sedangkan kuari terletak di kaki gunung. 

“Tak mungkin air dari kuari itu melompat naik ke atas gunung dan menjadi kepala air, itu langsung tak masuk akal,” katanya.


Kredit foto: FB Puaka Jerai


Zulkifli yang merupakan penyokong tegar bola sepak Kedah dan popular dengan nama jolokan ‘Puaka Jerai’ dalam kalangan peminat, berkata beliau tampil membuat penjelasan dengan niat menghentikan dakyah itu daripada terus disebarkan.

“Sedih, ramai yang menerima dakwaan itu bulat-bulat tanpa usul periksa, kemudian terus menyebarkan pula. Ada antara mereka langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke Yan tapi cara mereka menyebarkan berita itu seolah-olah mereka sangat faham selok belok di sini.

“Saya nak ajak mereka yang menyebarkan dakwaan tidak benar itu agar datang ke sini dan lihat sendiri supaya mereka faham, jangan hanya sekadar dengar atau baca dan kemudian sebar.


Fenomena kepala air yang melanda dari Gunung Jerai membawa banyak kemusnahan kepada penduduk Yan.


Mungkin orang buat tuduhan itu kerana marah dengan MB yang mereka anggap bermulut capoi (celupar) tapi itu bukan alasan untuk menyebarkan cerita tidak betul." 


“Menteri Besar pun dah buat penafian tapi masih ramai yang tak percaya cakap MB. Saya bukan nak sokong MB, saya bukan orang politik dan tidak ada apa-apa kepentingan pun. 

“Saya bukan penyokong mana-mana parti politik. Bendera saya hanya hijau kuning. Kalau MB buat tak betul, terutama berkaitanan bola sepak Kedah, saya balun (kritik) juga.

“Ada orang kata, mungkin orang buat tuduhan itu kerana marah dengan MB yang mereka anggap bermulut capoi (celupar) tapi itu bukan alasan untuk menyebarkan cerita tidak betul.

“Dalam isu ini, sebagai penduduk di sini, saya rasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan dakwaan yang salah, bukan saja salah malah boleh menimbulkan fitnah.

“Janganlah kita buat dosa kering dengan menyebarkan fitnah. Jangan juga perkara musibah sebegini hendak dijadikan bahan politik, berpada-padalah hendak berpolitik,” pesan Zulkifli.

Sebaliknya, Zulkifli menyeru semua pihak tanpa mengira fahaman politik agar turun membantu rakyat yang terjejas akibat tragedi itu. 

Antara lokasi terbabit banjir adalah kawasan di kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai iaitu Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi. - KitaReporters



5
2
0
0
0

Copy Link: