Video| Apa dah jadi? Perancis diserang pepijat! Rakyat kena berkelubung! Dulu haramkan hijab, abaya!
Published byParis melarang wanita Islam berhijab, manakala England pula menaikkan arca wanita bertudung, yang turut mengundang kecam daripada masyarakat Islam di sana kerana Islam melarang patung berbentuk manusia. - Kredit foto: wionews.com
PARIS sehingga Belgium dan beberapa negara di Eropah kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan serangan pepijat yang dilaporkan sudah menjarah sebahagian besar wilayah negara itu dan memaksa beberapa sekolah ditutup dan orang ramai kena "berkelubung" bagi menggelakkan gigitan haiwan yang saiznya dikatakan sama dengan biji buah epal.
Kota Metropolis fesyen dunia, Paris dilaporkan paling nyata haiwan itu sedang mengembang biak dengan pesat selepas video menunjukkan pepijat atau “punaises des lits,” ditemui di stesen Metro Paris dan lapangan terbang Charles de Gaulle.
Pepijat itu itu sudah "menyerang" kediaman penduduk, sekolah, pawagam dan hospital.
Haiwan itu bukannya boleh terbang tetapi tetapi digelar 'kaki kembara' kerana mampu bersembunyi di celah lapisan fabrik, perabot kayu, soket plug dengan ada yang warna merah dan coklat, berukuran lima milimeter.
Menteri Pengangkutan Perancis, Clément Beaune pada 5 Oktober 2023 meminta penduduk negara itu bertenang kerana banyak laporan diterima oleh orang ramai mengenai serangga itu tetapi selepas diperiksa, tidak semesti pepijat.
Bercakap kepada wartawan, beliau berkata usaha membanteras haiwan di ibu negara dan bandar lain sedang giat dilakukan bagi menghapuskan haiwan yang menghisap darah itu. Pepijat itu walaupun tidaklah berbahaya tapi kesannya meninggalkan bintik-bintik merah.
“Kita sudah minta kerjasama pengusaha pengangkutan untuk mengambil langkah tegas bagi mencari jalan berkesan dengan teknologi canggih menggelakkan pepijat merebak dengan teruk," demikian katanya ketika dipetik dari badan penyiaran Perancis, BFM TV via terjemahan CNBC.
Dilaporkan pepijat itu ditemui merebak selepas pertunjukan fesyen di Paris dan negara itu bimbang ia mungkin menyekat kemasukan pelancong terutama ketika Sukan Olimpik 2024 yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos tahun depan (2024).
Sukan dijangka disertai oleh 200 negara dan 10,000 atlit dan serangga ini pula sejenis haiwan yang suka menggembara dan boleh menumpang pelancong yang memasuki Paris dengan mudah.
David Cain, Pengarah Urusan Bed Bugs Limited, syarikat British yang mengawal pepijat, berkata haiwan itu terus membiak sejak 100 tahun lalu dan selepas Covid-19, pepijat turut berkembang dengan banyaknya.
"Walaupun dinasor dah lupus tetapi pepijat ini tidak. Rupanya bentuk bulat tetapi ada ketika dia seperti belon sebab kenyang dengan darah dan haiwan ini dilaporkan mendatangkan masalah kepada 135 negara," katanya.
Pepjiat itu sukar dikesan kerana bukan saja bersarang dalam pakaian malah menumpang penggembara dengan menyelit di lipatan kaki seluar, kot dan dalam beg pakaian penumpang komuter.
CNBC memetik laporan kerajaan meminta orang ramai membasuh pakaian pada suhu tinggi, bersihkan rumah, bersihkan perabot dan memeriksa baju, katil dan jika keadaan sudah tidak terkawal mereka diminta mendapatkan bantuan pakar dalam bidang kawalan serangga.
Jabatan Kesihatan New York pula menyifatkan serangga itu sebagai "biasa" di bandar di Amerika Syarikat, demikian kata entomologis, Jim Fredericks, Naib Presiden Kanan Persatuan Kawasan Serangga Nasional AS kepada CNBC.
"Pepijat ini boleh dianggap sebagai kaki kembara yang hebat kerana ia boleh sampai ke tempat yang jauh. Kebetulan pula Paris mengadakan pertunjukan fesyen maka ia menjadi cara mudah haiwan itu bergerak." katanya.
Perlu ditambah di sini, tiga minggu lalu Paris mengharamkan pemakaian hijab ke atas orang Islam dan apabila serangan ini berlaku, tetapi kini orang ramai dinasihatkan memakai pakaian yang menutup seluruh tubuh termasuk kepala (berkelubuing atau berselubung) bagi menggelakkan dihinggap pepijat. - KitaReporters