Rezeki Covid-19! Safaruddin kayuh basikal 30km untuk dapat vaksin! Gabenor hadiahkan motosikal!

Published by
KitaReporters

SAFARUDDIN


DEMI menghindari gejala virus Covid-19, seorang warga emas dari Makassar sanggup mengayuh basikalnya sejauh 15 kilometer untuk mendapat suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di Miko Mall, Sulawesi Selatan, Indonesia pada Rabu 28 Julai 2021.   

Namun tidak disangka, kepenatan mengayuh basikal dan mengeluarkan keringat peluh warga emas itu, Safaruddin, 64, untuk pergi ke PPV tersebut dari rumahnya akhirnya mendapat perhatian dan simpati daripada Pemangku (PLT atau Pelaksana Tugas) Gabenor Sulawesi Selatan, Andi Sudirman Sulaiman sehingga memberi sumbangan sebuah motosikal kepada Safaruddin.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sulawesi

SAFARUDDIN (tengah) menerima sebuah motosikal yang disumbangkan oleh Andi Sudirman Sulaiman pada 30 Julai 2021.- Kredit Foto: Suara.com


Sebelum itu, sebuah video mengisahkan kegigihan dan semangat Safaruddin untuk mendapat suntikan vaksinasi tular dalam media sosial dan telah mendapat perhatian Andi.

``Ini bermakna Safaruddin terpaksa mengayuh basikal sejauh 30 kilometer untuk pergi dan pulang dari PPV itu bagi mendapat satu dos suntikan vaksin Covid-19.

``Ketabahan Safaruddin untuk mendapatkan suntikan itu boleh menjadi inspirasi dan ia  amat dikagumi walaupun dia seorang warga emas tetapi dia merasa lebih bertanggungjawab atas dirinya sendiri selain proaktif dengan kehendak pemerintah (kerajaan),’’  kata Andi seperti dipetik Suara.com pada  Jumaat 30 Julai 2021.


SAFARUDDIN yang baru tiba di PPV Miko Mall, Sulawesi Selatan. - Kredit Foto : Tribunnews.com



Kredit Foto : Suara.com


Andi yang hadir bersama Menteri Kesihatan Indonesia,  Budi Junadi Sadikin untuk menyerahkan sumbangan motosikal kepada Safaruddin bertempat di Jalan Perintis Kemerdekaan, Makkasar.

Andi berkata, kecaknaan serta bertanggungjawab yang dilakukan oleh Safaruddin itu untuk berbuat sedemikian sepatutnya dituruti warga-warga lain di wilayah berkenaan demi keselamatan diri mereka sendiri.

Menurutnya, jikalau orang tua seperti Safaruddin tidak merasa takut untuk mendapat suntikan vaksinasi, maka golongan-golongan lain sewajarnya turut  berbuat sebegitu.

Ini kerana info Kementerian Kesihatan di negara itu telah mencatatkan 95 peratus kematian pesakit Covid-19 membabitkan mereka yang belum mengambil vaksinasi dan berumur 50 tahun ke atas.



Sementara itu, Safaruddin yang bekerja sebagai pencuci motosikal tidak menduga kes  Covid-19 telah memberi rezeki kepadanya selepas mendapat sebuah motosikal yang disumbangkan oleh Andi itu.

Dia berkata, sememangnya dia berhajat untuk membeli sebuah motosikal sejak 10 tahun lalu tetapi tidak berhasil kerana dia bekerja seperti itu dengan memperolehi pendapatan yang tidak menentu bagi menyara perbelanjaan keluarganya.

``Syukur dan Alhamdulillah saya memperolehi sebuah motosikal untuk kemudahan saya ke sana ke mari dan saya tidak perlu mengayuh basikal lagi,’’ katanya.

Safaruddin juga tidak mempunyai telefon pintar sehingga dia tidak dapat mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi melalui Internet ataupun secara online menyebabkan dia terpaksa datang  sendiri untuk mendaftarkan dirinya di PPV di Miko Mall. - KitaReporters


SAFARUDDIN (kiri) terpaksa berkayuh basikal sejauh 30 kilometer ulang alik untuk mendapat suntikan vaksinasi di PPV di Miko Mall, Sulawesi Selatan. - Kredit Foto : Tribunnews.com



0
1
0
0
0

Copy Link: