JIKA ada yang memikirkan pengambilan dos vaksin penggalak (booster) akan buat kita semua lebih kalis kepada penyebaran varian baharu Covid19, Omicron, nampaknya apa yang diramalkan berkemungkinan berlaku adalah sebaliknya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 50 peratus penduduk Eropah dijangkiti varian Omicron itu menjelang Mac 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan varian virus


Dr Paul Kluge


Pengarah WHO Wilayah Eropah, Dr Hans Henri Marcel Paul Kluge memaklumkan varian baru tersebar ke seluruh pelosok itu sebagai satu gelombang cepat merebak dan kemungkinan besar akan menjejaskan usaha negara terbabit memulihkan semula sektor pembangunan ekonomi.

Manakala Presiden Bank Dunia, David Malpass pula menyifatkan ia akan meninggalkan 'kesan luka berparut kepada pembangunan" kerana petunjuk terhadap penurunan tahap kemiskinan, kekurangan zat makanan dan kesihatan sedang menyimpang daripada sasaran.

Ketakutan masyarakat dunia terhadap pelbagai tindakan pencegahan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sempadan negara menyebabkan Bank Dunia turut mengemukakan ramalan yang tidak begitu menyerlah pada 12 Januari 2022. 

Ekonomi dunia akan tergugat dengan wabak Omicron yang mungkin akan merisikokan kekurangan tenaga buruh sekali gus memberi kesan kepada rangkaian perniagaan.


Gambar hiasan... WHO meramalkan lebih 50 peratus penduduk Eropah dijangkiti varian Omicron itu menjelang Mac 2022. - Kredit foto: AFP


Kluge yang dilaporkan memberitahu sidang media pada 11 Januari 2022, bermula dari enam hingga lapan minggu ini mereka yang dijangkiti Omicron membabitkan 53 negara dan wilayah termasuk beberapa kawasan di Asia Tengah.

Penggunaan vaksin yang diluluskan termasuk dos penggalak (booster) ini harus diteruskan untuk memberi perlindungan daripada penyakit berbahaya dan kemungkinan meragut nyawa penduduk dunia.

Penularan wabak Omicron yang semakin mendadak itu memaksa banyak kerajaan mula mengadakan pencegahan dan menggiatkan suntikan dos penggalak dan Eropah menjadi tumpuan penyebaran wabak berkenaan.

WHO meramalkan Omicron akan mengambil banyak nyawa mangsa di negara itu berdasarkan keadaan angka pesakit sekarang.

"Cuba lihat kerajaan Hong Kong yang mengenakan sekatan terbaru mengawal Covid-19 dan Eropah sekarang dilaporkan mempunyai angka kematian dan kes terbanyak di dunia.

"Jika dilihat kepada laporan berita AFP, setakat ini sudah lebih 8 juta direkodkan dijangkiti wabak itu sejak tempoh tujuh hari lalu," katanya.


China menggunakan bantuan robot untuk melicinkan Olimpik Musim Sejuk pada Februari 2022.


Sementara itu, China, terutama wilayah Wuhan yang  dilaporkan tempat bermulanya Covid-19 sekali lagi pada 3 Januari 2022 lalu, mengarahkan bandar raya Yuzhou di wilayah tengah di Henan dikenakan PKP meyebabkan 1.1 juta penduduk berkurung saja di rumah.

Ini berikutan Covid-19 dikesan menjangkiti tiga pesakit dan sejak 4 Januari 2022 dan lebih 950,000 penduduknya sudah menjalani ujian Covid-19.

Penutupan dan kawalan pergerakan di Yuzhou dilakukan selepas operasi membuat pemeriksaan di Xian di daerah  Shaanxi membabitkan 13 juta penduduk yang diarahkan berkurung di rumah masing-masing sejak 23 Disember 2021. 

China mahu mencapai matlamat tiada kes Covid19 menjelang Tahun Baru Cina yang akan disambut bermula 1 Februari 2022 dan Olimpik Musim Sejuk di Beijing yang dijangka dibuka selepas tiga hari perayaan itu.


China juga memastikan stadium Olimpik Musim Sejuk tidak menjadi tempat penyebaran Omicron.


Manakala dalam kes lain, susulan laporan mengenai peningkatan jangkitan itu menyebabkan warga Portugal berpusu-pusu beratur di luar farmasi untuk menjalani ujian antigen Covid-19 di Graca, daerah Lisbon.

Negara itu turut dijangkiti Omicron, bagaimanapun jumlah pesakit di wad intensif sudah menurun. 

“The Institut Metrik Kesihatan dan Penilaian (IHME) meramalkan lebih penduduk di wilayah Portugal akan dijangkit oleh Omicron dalam enam hingga lapan minggu lagi," ujarnya.

Dalam perkembangan terbaru, laporan prospek ekonomi global dikeluarkan syarikat pinjaman yang berpangkalan di Washington meramalkan perkembangan ekonomi dunia tahun ini adalah sekitar 4.1 peratus sahaja.- KitaReporters



11
13
0
11
0

Copy Link: