MENJELANG hujung tahun, menjadi kebiasaan bagi negeri di Pantai Timur untuk melalui musim tengkujuh menyebabkan beberapa kawasan akan berdepan bencana banjir.

Bersedia dengan menghadapi perkara itu, enam agensi penyelamat negeri Terengganu bersiap siaga untuk menggalas tanggungjawab dengan menggerakkan anggota masing-masing bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang dijangka melanda negeri ini penghujung tahun 2021 ini.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan musim tengkujuh


APM Terengganu menyediakan bot untuk membantu memindahkan mangsa banjir. - Gambar kredit: APM Terengganu


Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, agensi terbabit termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah menyiapkan segala kelengkapan bagi menghadapi perkara yang menjadi acara tahunan itu.


Rosman Abdullah berkata pihaknya bersiap dendia dengan segala kelangkapan bagi menghadapi musim tengkujuh yang akan tiba tidak lama lagi.


Katanya, seramai 2,779 anggota dari enam agensi terbabit akan membantu kerja-kerja penyelamat mangsa di seluruh negeri sekiranya banjir melanda negeri ini.

Kesemua mereka terdiri daripada 833 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di samping 803 polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (517 orang), Jabatan Sukarelawan Malaysia (376 orang), Angkatan Tentera Malaysia (208 orang) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (42 orang).


Rosman (tengah) memeriksa kit keperluan untuk mangsa banjir di Terengganu


Menurutnya, dari segi logistik, kesemua agensi berkenaan memiliki 163 bot, 132 kenderaan pacuan empat roda, 62 lori dan 24 ambulans.

“Daerah Besut diramal daerah terawal dilanda banjir pada awal November sebelum merebak ke daerah lain,” katanya.

“Sehubungan itu, kini pihak jawatankuasa tersebut sudah mempersiapkan sebanyak 580 pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan sehingga 270,000 mangsa dengan 80 peratus daripadanya merupakan bangunan sekolah,” katanya dalam sidang media persediaan menghadapi Monsun Timur Laut, baru-baru ini. 


Khemas khas untuk mangsa banjir yang akan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir.


Mohd. Rosman yang juga Pengarah APM Terengganu berkata, pada tahun 2020 hampir RM6 juta bantuan wang ihsan disalurkan kepada lebih 11,000 ketua isi rumah yang terjejas banjir di negeri tersebut.

“Bantuan kewangan berkenaan ditingkatkan sekali ganda dari RM500 kepada RM1,000 seperti diumumkan oleh kerajaan, September (2021) lalu.” katanya. - KitaReporters


Anggota APM Terengganu sentiasa bersedia untuk digerakkan apabila berlaku sebarang bentuk bencana

7
11
0
10
1

Copy Link: