Video| Semoga berjaya masuk UPSI! Demi temu duga, pemuda 19 tahun daki bukit 2 jam! Cari internet!
Published byRAMAI antara kita yang sudah terbiasa dengan situasi yang dialami sekarang, lagi-lagi pada pandemik Covid-19 yang melanda. Kita semua sudah terbiasa dengan temu duga online, belajar dalam talian, kelas dalam talian bagi mengelakkan pertemuan secara maya dan ingin mengurangkan jangkitan Covid-19.
Namun, terdapat kekurangan juga, di mana capaian internet yang agak perlahan menyebabkan pelbagai kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh seseorang, lagi-lagi mereka yang nak menjalani temu duga.
Satu perkongsian dalam Facebook oleh Mario Sa, memaparkan kesukaran adik lelakinya Frank Steward Panting Sa, 19 tahun yang sanggup mendaki Bukit Kelingkang selama 2 jam untuk melakukan temu duga secara dalam talian.
Ini kerana untuk mendapatkan capaiaan internet yang kuat bagi menghadiri temu duga bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) secara online, Frank mendaki bukit lengkap berkemeja dan berseluar slack dan juga tali leher.
Dia membawa bersama tikar sebagai alas tetapi seluarnya basah semasa temuduga kerana hujan lebat tadi” – Mario Sa
Di sekitar rumah mereka memang dibekalkan dengan Wi-Fi, namun sebab capaian Internet yang tidak berapa kuat menyebabkan mereka membuat keputusan untuk membina pondok kecil di atas Bukit Kelingkang.