BAGI wanita usia 45 tahun ke atas, mereka dianggap lewat untuk mengandung dan memiliki zuriat kerana dipercayai memberi risiko kepada bayi yang akan dilahirkan dan juga nyawa ibu tersebut. Namun berbeza dengan seorang warga emas dari Nigeria selamat melahirkan bayi pasangan kembar pada usia 68 tahun. : KitaReporters

MARGARET bersama suaminya, Noah Adeenuga memangku bayi kembar yang baru dilahirkan melalui pembedahan di sebuah hospital di Lagos, Nigeria baru-baru ini. - Kredit foto: The Guardian Nigeria


Wow! Ini dikatakan sebagai rezeki…kita hanya merancang Allah yang menentukan semua ini.

Memetik satu laporan CNN, wanita yang dikenali Margaret Adenuga yang berkahwin selama 46 tahun telah mencuba pelbagai kaedah demi memiliki zuriat sendiri.

Malah dia mengakui dia dan suaminya tidak pernah berputus asa walaupun usaha mereka gagal.

Bagaimanapun tahun lalu, pasangan itu menjalani empat kali rawatan kesuburan in-vitro (IVF), namun tiga prosedur itu gagal sebelum Margaret disahkan hamil anak kembar.

Suaminya Noah Adenuga, 77, berkata, mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 1974, tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata dan mahu menimang anak sendiri.

Noah yang juga pesara juruaudit saham berkata, pasangan kembar itu selamat dilahirkan menerusi pembedahan pada usia 37 minggu, 21 April 2020 di Hospital Pengajaran Universiti Lagos (LUTH).

Dr Adeyemi Okunowo, yang menyambut kelahiran bayi mereka berkata, sepasukan pakar membantu dalam proses itu kerana hamil pada usia 40 tahun ke atas amat berisiko.

"Sebagai seorang wanita berusia dan pertama kali bersalin, kita tahu proses ini berisiko tinggi ditambah pula bayi kembar.

“Namun kami bernasib baik kerana dapat menguruskan dengan baik sehingga dia selamat melahirkan bayi yang sihat dan comel," kata Okunowo. - KitaReporter.

 

1
5
0
0
0

Copy Link: