Sebagai ingatan! Anak gajah dan zirafah diberi nama Corona!
Published byJIKA sebelum ini, ada pasangan ibu bapa dari India yang mengabadikan nama Corona kepada bayi yang baru dilahirkan sebagai mengingati kehadiran 'tak diundang' wabak COVID-19 yang melanda dunia. Kini peletakan nama berkenaan 'berjangkit' pula kepada binatang apabila ada pengurusan zoo meletakkan nama keramat itu kepada binatang. Hebat betul...penangan Corona nih. Semua berebut nak buh nama dia! : KitaReporters
Terbaharu, bagi mengenang kehadiran pandemik tersebut, sebuah zoo di Bali, Indonesia meletakkan nama seekor anak zirafah betina yang baru dilahirkan dengan nama Corona.
Memetik laporan Jakarta Post, peletakan nama berkenaan dibuat sempena kelahiran binatang
berkenaan yang lahir ketika negara sedang bergelut wabak yang berasal dari
Wuhan, China itu.
ANAK zirafah betina dinamakan Corona di taman Safari Bali, Indonesia. - AFP
Bagus jugak
letak nama tu… sebagai ingatanlah katakan!!
Jururucakap Taman
Safari Bali, Anak Agung Ngurah Alit Sujana berkata, anak zirafah berkenaan
dilahirkan ketika wabak COVID-19 melanda dunia, lantaran Menteri Alam Sekitar
Indonesia menamakan binatang berkenaan sebagai Corona.
“Anak
zirafah tersebut berada dalam keadaan sihat serta masih menyusu dan diletakkan
di bawah pemerhatian selama tiga bulan,” ujarnya.
Anak zirafah itu dilaporkan dilahirkan oleh ibunya bernama Sophie pada 9 April 2020.
ANAK gajah Sumatera yang dilahirkan 28 April lalu turut dinamakan Corona. - Kredit foto: JakartaPost.com.
Perkara sama turut berlaku di Taman Safari Bogor, Jawa Barat apabila pihak pengurusan menamakan anak gajah yang baru dilahirkan dengan nama Corona sebagai memperingati kehadiran wabak berkenaan.
Gajah seberat 82.5 kilogram itu dilahirkan 28 April 2020 merupakan anak kepada pasangan gajah Kodir dan Nina yang masing-masing berusia 44 dan 46 tahun.
Kedua-dua gajah betina dan jantan itu berasal dari Riau.
Pada hujung Mac lalu, semua taman safari di Indonesia ditutup kepada umum sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19. - KitaReporters