TUNDA TAYANG: 007 TEMUI LAWAN SEHEBATNYA??
Published byAKIBAT wabak Covid-19 masih merebak ke seluruh dunia, penayangan filem siri ke-25 James Bond, 'No Time to Die' terpaksa ditunda. Daripada jadual asal diedar mulai 3 April 2020 di Britain, 8 April di Amerika Syarikat kemudian di China, ia terpaksa ditunda kepada bulan November 2020. : KitaReporters
Dengan penundaan selama kira-kira tujuh bulan itu, pihak pengeluar, MGM Studio terpaksa mengeluarkan dana antara AS30 juta hingga AS50 juta bagi tambahan promosi.
Jika diedar dan tayang pada November 2020, ‘No Time To Die’ akan bersaing dengan sebuah filem animasi keluaran Disney, ‘Raya and The Last Dragon’.
Craig melakonkan watak pengintip legenda itu sebanyak lima kali.
Dia terpaksa menjalani pembedahan buku lali kecil selepas mengalami kecederaan di set penggambaran di Jamaica.
Menurut laporan agensi, Craig enggan lagi terbabit dalam filem berkenaan selepas lakonan terakhirnya dalam ‘Spectre’.
Kredit foto: IG OO7 (https://www.instagram.com/007/)
Dalam pada itu, syarikat penerbitan filem itu, MGM Studio masih mengharapkan Craig berlakon sejak membawa watak Bond pada tahun 2005.
Daniel Craig dilaporkan menolak tawaran lebih RM400 juta bagi membintangi dua lagi siri filem 007.
Difahamkan, Craig adalah pelakon yang dibayar paling tinggi untuk menjayakan watak Bond iaitu RM226 juta untuk empat filem.