DULU 'NCOV' KINI 'COVID-19', MASIH MEMBUNUH!!
Published byWABAK Koronavirus yang menyerang hampir seluruh China dan 25 negara lain di dunia, kini dikenali sebagai COVID-19 kerana ia berasal dari jenis sama dengan virus Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS) dan Sindrom Penafasan Timue Tengah (MERS-CoV). : KitaReporters.com
Dr Tedros Adhanom. - Sumber gambar AP/Dailymailonline.
Pengarah Urusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dipetik daripada agensi berita Dailymail Online, mengumumkan nama penyakit itu di Geneva, Switzerland pada Selasa, 11 Februari 2020.
COVID-19 mengambil singkatan nama daripada Coronavirus Disease 2019 yang kini sudah membunuh 1,018 orang dan lebih 43,000 penduduk dunia sudah dijangkiti.
Katanya, pakar mencipta nama itu dengan tidak merujuk kepada mana-mana haiwan yang dikaitkan dengan pencetus wabak yang bermula di Wuhan, China pada Disember 2019.
Dan akhir Januari 2020, WHO mengesahkan wabak itu berbahaya dan mengisytiharkan darurat dan China 'ditutup' untuk menggelakkan merebak dengan cepat.
COVID-19 didiberi nama sebab virusnya bergerigi dan bentuk mahkota. - Sumber gambar Rueter/Dailymail.online
Bagaimanapun akibat lambat bertindak, hampir 25 negara sudah disahkan ada pesakit yang dijangkiti wabak itu. Ini kerana sebelum tindakan menutup negara China, lebih 5 juta penduduk Wuhan bertindak melarikan diri ke luar negara dan kini dilaporkan bertebaran di seluruh dunia termasuk di Malaysia dan Singapura.
Dan mereka juga dilaporkan secara tidak sengaja mungkin menjadi 'perumah' kepada virus berkenaan.
Dr Tedros Adhanom berkata, nama itu diperolehi selepas enam minggu virus itu ditemui.
Sebelum ini, virus itu digelar dengan pelbagai nama termasuk Koronavirus, virus Wuhan, Koronavirus China hingga ke selesema ular.
Kini dengan satu pengenalan virus itu perlu sebagai ia adalah berpunya satu jenis saja, Koronavirus (Coronavirus).
Katanya lagi, C-O adalah untuk corona, V-I untuk virus dan D untuk disease, manakala angka 19 merujuk kepada tahun virus berkenaan ditemukan. Maka jadilah COVID-19.
"Di bawah satu persetujuan bersama antara WHO dengan Pertubuhan Kesihatan Haiwan dan Makanan Sedunia di Bangsa-Bangsa Bersatu, kami perlu mencipta satu nama yang tidak berkaitan dengan lokasi geografik, haiwan dan kumpulan atau individu.
"Dan penyakit ini juga mesti mudah disebut," katanya.
Dr Tedros Adhanom berkata, WHO menetapkan nama itu yang dipersetujui jawatankuasa berkaitan Taxonomi Virus (ICTV) yang mengumumkan minggu lalu, mereka sudah dapat nama itu.
Sehubungan itu, WHO mahu semua sainstis mesti mematuhi pemakaian nama itu bagi menggelakkan penggunaan nama yang berkaitan dengan nama haiwan atau sesebuah negara itu yang menimbulkan kesulitan dan mungkin juga ada kaitan perkauman.
Sebelum ini, wabak Mers yang berasal dari Timur Tengah ditakrif sebagai contoh nama yang tidak baik, begitu juga dengan Spanish flu, penyakit Lyme, Japanese Encephalitis (JE) penyakit bawaan nyamuk, selesema babi dan burung serta cacar monyet (monkeypox). - KitaReporters.com
Negara yang dikesan dijangkiti wabak COVID-19. - Sumber gambar Rueter/Dailymail.online