SHAH RUKH KHAN (SRK), 54, adalah antara sebahagian selebriti Bollywood di India yang turut menghulurkan sumbangan wang ringgit, harta benda dan tenaga dalam membantu orang ramai yang terkesan dengan pandemik penyakit Koronavirus-2019 atau Covid-19. : KitaReporters


Menurut laporan The Daily Star, SRK dan isterinya Gauri Khan dengan sukarela menjadikan bangunan empat tingkat di Mumbai yang selama ini menjadi ruangan pejabat mereka sebagai tempat kuarantin secara percuma  bagi  wanita, kanak-kanak dan golongan lanjut usia.

Mereka turut menyumbang sejumlah wang ringgit kepada rakyat di beberapa negeri di India.

Ruangan pejabat setinggi empat tingkat itu terletak dalam kompleks perumahan mewah milik SRK dan Gauri.

SRK dan Gauri Khan memberi pejabat mereka sebagai pusat kuarantin pesakit Covid-19 di Mumbai, India. Kredit foto: Youtube


Usaha pasangan ini disambut baik oleh pentadbir di Kota Mumbai dan berterima kasih atas tindakan mulia selebriti ini dan isteri.

"Kami berterima kasih kepada SRK dan Gauri Khan kerana menawarkan bangunan pejabat mereka bagi ruang untuk kuarantin.

"Ini boleh digunakan untuk pelbagai keperluan termasuklah pesakit kanak-kanak, wanita dan orang tua," kata jurucakap Brihanmumbai Municipal Corporation (BMC) dalam akaun Twitter.



Selepas pendedahan itu, rata-rata peminat memuji tindakan Shah Rukh Khan dan berharap lebih ramai selebriti turut sama membantu menghulurkan sumbangan ketika negara mereka sedang berdepan wabak yang boleh membawa maut ini. - KitaReporters 



2
0
0
0
0

Copy Link: