Berita Terkini| PKP 3.0: Operasi perniagaan kini dihadkan 8 pagi hingga 8 malam! Mulai 25 Mei!
Published byWAKTU operasi perniagaan dihadkan kepada 8 pagi hingga 8 malam sahaja sepanjang PKP 3.0 mulai 25 Mei 2021. - Kredit foto: mediahub.com
BERMULA Selasa, 25 Mei 2021, masa operasi perniagaan akan dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Menteri
Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peraturan baharu
itu adalah strategi kedua sekatan tambahan bagi mengetatkan prosedur operasi standard
(SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
"Waktu
operasi perniagaan termasuk di pusat beli-belah dan kedai makan sepanjang PKP
3.0 hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.
"Namun
pengecualian diberikan kepada farmasi yang dibenarkan beroperasi sehingga jam
10 malam," katanya pada sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan
Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pada Sabtu, 22 Mei 2021.
Menurutnya, peraturan itu akan berkuat kuasa di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula pada 25 Mei ini.
Tegas beliau sistem pengangkutan awam juga akan dihadkan kepada hanya 50 peratus sahaja kapasiti seperti dilaksanakan ketika PKP pertama dulu.
"Operasi
perniagaan antaranya penjualan makanan pandu lalu, kedai runcit, kedai
serbaneka yang sebelum ini dibenarkan hingga jam 10 malam kita pendekkan kepada
jam 8 malam," katanya.
Mengulas lanjut
Ismail Sabri berkata, selain penambahan sektor ekonomi, kerajaan juga
menetapkan aktiviti sosial, beriadah dan sukan termasuk majlis-majlis rasmi
kerajaan juga tidak dibenarkan.
"Aktiviti
secara individu masih kita benarkan. Kita menetapkan aktiviti ini sehingga jam
8 malam sahaja kecuali aktiviti keagamaan seperti masjid masih dibuka sehingga
waktu isyak.
"Masyarakat
perlu melaksanakan amalan PKP kendiri untuk tempoh dua minggu bagi memutuskan
rangkaian Covid-19 supaya hospital-hospital boleh menampung pesakit akan
datang," katanya. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter