Berita Terkini| MSN arah 355 atlet pulang ke rumah! Perlu kekal di kediaman sehingga tamat PKP!
Published byGambar hiasan… Para atlet yang diarahkan pulang ke rumah tetap jalani latihan di kediaman masing-masing dan dipantau perkembangan secara dalam talian.
SEBAGAI usaha membendung penularan Covid-19 dalam kalangan atlet, jurulatih dan pegawai, Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengarahkan seramai 355 atlet daripada 695 atlet kebangsaan pulang ke kediaman masing-masing.
Pengarah
Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin berkata mereka yang terlibat terdiri
daripada atlet pelapis dan tidak menyertai sebarang kejohanan penting pada
tahun ini.
“Kesemua
atlet sudah meninggalkan asrama serta venue latihan secara berperingkat-peringkat bermula
7 hingga 12 Mei 2021 dan perlu kekal berada di kediaman masing-masing sehingga pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat , 7 Jun 2021.
“Namun
sekiranya PKP disambung, kita akan berbincang semula berhubung latihan mereka.
Buat masa sekarang mereka tetap berlatih di rumah secara dalam talian,” katanya
dipetik Sinar Harian, 21 Mei 2021.
Tambah beliau,
bagi memantau perkembangan atlet berada di rumah dan kekalkan kecergasan
fizikal sepanjang tempoh PKP mereka perlu ikuti sesi latihan secara dalam
talian.
Katanya
lagi, atlet di bawah Program Podium masih jalani latihan secara kuarantin di
MSN terutama mereka yang sudah melayakkan diri menyertai temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020
pada Julai 2021.
Dalam
perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan Kompleks Sukan Paralimpik Kampung
Pandan kini dalam perancangan bagi dijadikan pusat kuarantin untuk atlet
kebangsaan yang dijangkiti Covid-19. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter