Video| Ramai tertipu! Ku sangka mangga! Rupanya tembikai! Nak beri nama apa? Temangga atau tembangga?
Published byAmboi, buah pun dah pandai menyamar sekarang ni! Bukan main lagi ia menyamar jadi buah lain sehingga mengelirukan orang ramai. Kalau masuk rancangan teka buah apa, mesti ia menang.
Kalau anda handal, cuba senaraikan buah yang seakan-akan sama atau mirip. Penulis bagi contoh, buah manggis dan mesta. Nampak sama tapi sebenarnya lain.
Tapi apa yang penulis nak kongsikan ini agak unik dan lain sikit. Kalau buah manggis dan mesta itu, mungkin biasa-biasa sahaja sebab kedua-duanya dari keluarga yang sama.
Tapi pernahkah anda terbayang buah yang disangka mangga, rupa-rupanya tembikai. Kan jauh bezanya itu.
Inilah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama Hadi_Klate_Ranau. Dalam video yang dikongsinya itu, kelihatan dia sedang mengutip buah yang seakan-akan buah mangga.
Tapi kalau tidak dibelah dan diberitahu, maka ramai yang menyangka ia adalah buah mangga.
Berwarna hijau dan agak kekuningan di bahagian hujung, ia mirip buah mangga. Malah, saiznya pun sama dengan buah mangga.
Setelah mengutip (memetik) buah tersebut, dia membelahnya. Ketika inilah baru jelas kelihatan isinya adalah buah tembikai.
Sementara itu, pelbagai komen dan reaksi netizen yang terkejut melihat keunikan buah tembikai tersebut.
Rata-ratanya tertipu kerana pada awalnya menyangka ia adalah buah mangga. Apa yang pasti kebanyakan komen sangat melucukan.
"Pandai tembikai tu menyamar. Ingat boleh selamatlah tu. Dia lupa mangga pun orang makan juga," tulis salah seorang netizen.
Manakala seorang lagi netizen sudah terbayang buah mangga yang akan dicecah sambal kicap dan sebagainya. Tapi malangnya ia buah tembikai.
"Terliur tengok. Dah fikir nak cecah apa. Sekali tembaikai da," selorohnya.
Menurut Hadi_Klate_Ranau, ia adalah tembikai yang tidak subur. Justeru pembesarannya terbantut.
Macam-macam kejadia lucu dalam media sosial ni. Kalau haiwan, dengan telatah luar biasanya. Sekarang ini, buah-buahan pula. Lepas ini apa pula agaknya?
Namun, perkongsian-perkongsian menarik seperti inilah yang menambahkan pengetahuan kita. Kalau tidak dikongsi, sampai ke sudah kita tidak tahu. - KitaReporters