Video| Kami ada cara! Gas habis bila tengah syok masak juadah berbuka! Jangan risau! Ikut tip ini!

Published by
KitaReporters


Selain dikenali sebagai bulan beribadah, bulan Ramadan juga bulan rezeki terutama buat mereka yang rajin. Setiap pelosok negara terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur, akan ada bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis juadah berbuka puasa. 

Jadi, sekiranya anda tidak sempat memasak kerana kesuntukan masa atau tersangkut dalam kesesakan jalan raya ketika pulang dari kerja, boleh singgah di bazar untuk membeli juadah berbuka.

Tidak kurang juga yang suka memasak sendiri di rumah kerana tidak mahu bersesak-sesak di bazar Ramadan atau berpendapat harga di situ terlalu mahal sedangkan kualiti makanan yang dijual tidak seperti diharapkan. Justeru, memasak sendiri lebih jimat terutama yang mempunyai ahli keluarga ramai.


Bazar Ramadan membuka rezeki untuk para peniaga. - Kredit Foto: IG Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


Terpulang kepada diri masing-masing. Kalau penulis, lebih suka memasak sendiri kerana kualiti dan kebersihan lebih terjamin. Tetapi penulis pernah berdepan dengan situasi di mana ketika ralit memasak juadah berbuka puasa atau sahur, tiba-tiba gas memasak menunjukkan tanda-tanda mahu habis atau padam.

Kedai berdekatan yang menjual gas pula sudah tutup. Nombor telefon kedai pun lupa nak simpan. Senang kira pelbagai halangan pula muncul untuk mendapatkan gas baharu. 

Mujur ketika itu ada dapur elektik yang sengaja penulis beli untuk digunakan saat-saat kecemasan seperti ini.



Tetapi bagaimana pula kalau yang tiada dapur elektrik dan hanya mengharapkan gas semata-mata untuk memasak? Jawabnya berbuka dengan kurma dan air sahajalah.

Namun seorang pengguna TikTok bernama Alex Madais telah berkongsi tip berguna untuk sesiapa yang menghadapi saat-saat kecemasan seperti ini. Menurutnya Alex, sekiranya gas memasak tiba-tiba habis, ada acara untuk memanjangkan ‘jangka hayatnya’.



“Tip apabila gas habis. Tidak percaya cuba buat sendiri. Selepas gas habis, ambil besen letak air dan masukkan tong gas ke dalam dan sambung terus buka gas, memang menyala balik,” tulisnya.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai. Ramai juga yang tertanya-tanya adakah ia benar-benar berkesan.



“Betul ke kalau gas hampir habis buat macam ni dapat masak tiga hingga enam kali lagi?” tanya salah seorang netizen.

Ada juga yang mengakui cara tersebut berkesan kerana pernah mencubanya. Malah gas yang hampir habis itu dapat digunakan semula dalam tempoh agak lama.  

“Betul, saya pun buat boleh dapat sebulan lagi,” akui netizen. 



Namun, ada juga yang mendakwa cara tersebut agak berbahaya dan kalau boleh, elakkan daripada melakukannya. 

“Air digunakan bagi menghasilkan tekanan untuk tolak gas yang tidak digunakan tapi ia agak berbahaya dan tidak digalakkan,” nasihat salah seorang netizen. 



Selain menggunakan air, ada juga yang menggunakan cara lain untuk memanjangkan tempoh hayat gas. 

“Jangan tunjuk sangat kita ni tak pandai. Orang katering selalu buat macam ni, ada yang baringkan tong. Yang dalam video ni dia guna konsep gas dan air. Tak tahu belajar, bukan kutuk,” kata netizen tersebut. 



Tak kisahlah apa cara sekalipun, tetapi paling penting utamakan keselamatan terlebih dahulu. 

Sekiranya tidak yakin, elakkan. Cuba guna cara lain yang lebih selamat seperti dapur atau periuk nasi elektrik, air fryer dan microwave untuk memasak. - KitaReporters



24
22
0
13
0

Copy Link: