EMPAT nelayan di Miri, Sarawak terapung-apung di laut di dalam dua buah tong simpanan ikan selama lima hari selepas bot mereka karam. - kredit foto : APMM


EMPAT nelayan  menempuh detik-detik cemas apabila mereka terpaksa menumpang  di dalam dua buah tong simpanan ikan selama lima hari terumbang-ambing di lautan sebelum mereka ditemui kapal luar pesisir yang dalam perjalanan ke pelantar pada 10 pagi pada 4 Februari 2023.

Empat mangsa terbabit ialah Mohd Zaidi Camry Abdullah, 43; Muhammad Herman Arpat, 25; Sinasi Badu, 44; dan Frenky Daud Amin, 40, yang terpaksa berbuat demikian selepas bot mereka karam dipukul ombak di tengah laut Miri, Sarawak pada 30 Januari 2023 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan insiden hanyut

MANGSA ditemui oleh kapal Ultra Jaya  di tengah lautan Miri kira-kira 75 batu nautika dari muara Sungai Miri pada 4 Februari 2023. - kredit foto : APMM


Setiap butir tong ikan berukuran panjang 97 sentimeter dan lebarnya 57.5 sentimeter yang dapat memuat dua nelayan itu bagi menyelamatkan diri masing-masing. 

Tragedi itu berlaku berpunca selepas bahagian depan bot mereka pecah akibat dipukul ombak besar.

Sehubungan itu, keempat-empat nelayan itu dikatakan nekad untuk berada di dalam dua buah tong ikan itu sebagai tempat berlindung bagi menyelamatkan nyawa.

Mereka membawa bekalan makanan dan air minuman untuk digunakan ketika mereka berada di dalam tong ikan itu.


EMPAT nelayan terpaksa menumpang di dalam dua buah tong ikan yang diikat jadi satu. - Kredit foto : APMM


Menurut mereka, tong-tong ikan berkenaan sengaja diikat supaya kedua-dua tong yang mereka tumpang itu tidak akan terpisah atau terputus hubungan antara mereka akibat dibawa arus deras di tengah-tengah lautan itu.

Nasib baik ada dua bah tong ikan sebagai tempat simpanan ikan di bot itu dan jikalau tidak ada, entah apa yang akan terjadi kepada mereka selepas bot  karam, kata mereka lagi.

``Dalam cuaca yang buruk, selama lima hari, kami terapung-apung di dalam tong ikan di lautan yang luas dan apabila makanan serta air minuman kehabisan, kami terpaksa menadah air hujan untuk diminun.

``Dalam masa yang sama, kami juga tidak putus berdoa pada Tuhan semoga ada nelayan lain yang ketemukan kami dan syukurlah kami dijumpai dan diselamatkan oleh kapal luar pesisir,’’ kata mereka. 

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie Paing berkata, mangsa ditemui kapal luar pesisir iaitu kapal Ultra Jaya yang jaraknya kira-kira 75 batu nautika dari muara Sungai Miri. - KitaReporters


kredit foto : APMM

 

Menurutnya, kapal berkenaan telah memaklumkan kepada pihaknya sebelum kapal KM Tabah ke lokasi itu untuk menyelamatkan mangsa.

 

Beliau berkata, ketika ditemui semua nelayan itu berada di dalam tong ikan berkenaan yang dihanyutkan  arus  di  lautan itu.

 

``Mereka didapati dalam keadaan lemah kemudian mangsa dibawa ke Jeti Marina Bey  untuk dihantar ke Hospital Miri bagi rawatan selanjutnya.

TONG ikan yang berukuran panjang 97 sentimeter dan lebarnya 57.5 sentimeter yang dapat memuatkan dua nelayan untuk menyelamatkan diri di tengah lautan selama lima hari.

 

``Empat nelayan itu dikatakan keluar memancing di laut pada 29 Januari 2023  dan bot mereka karam dipukul ombak pada pagi 30 Januari 2023 lalu,’’ katanya.

 

Shafie menasihat nelayan atau pemancing agar  memastikan bot mereka dalam keadaan baik ketika melakukan aktiviti di laut dan membatalkan niat ke laut jika cuaca buruk.

 

Beliau juga mengingati agar mereka sentiasa memakai jaket keselamatan dan sentiasa membawa peranti Personel Located Beacon (PLB) bagi memudahkan pasukan penyelamat terus ke lokasi kejadian.

 

kredit foto : APMM

14
9
0
9
0

Copy Link: