Waspada! Hujan berterusan di Terengganu selama 2 hari! MetMalaysia keluarkan amaran! Hati-hati banjir!
Published byHujan dijangka kembali melanda Terengganu: Gambar hiasan
PENDUDUK di Negeri Terengganu terutama mereka yang terbabit dalam kejadian banjir pertengahan Disember 2022 lalu diingatkan mereka masih belum hidup bebas sebaliknya perlu berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir berikutan hujan berterusan dijangka berlaku di negeri itu.
Ini kerana Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada kembali di Terengganu.
Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan amaran hujan berterusan
MetMalaysia memaklumkan, hujan berterusan selama dua hari bermula pada 6 hingga 7 Januari 2023 membabitkan beberapa daerah di negeri tersebut.
Antara daerah yang berisiko menerima taburan hujan dalam tempoh tersebut termasuklah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
Menurut kenyataan MetMalaysia amaran tersebut dijangka melanda beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan.
“Amaran hujan berterusan tahap waspada ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan,” kata kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang rasmi, aplikasi mobil myCuaca serta menerusi laman media sosial rasmi MetMalaysia. - KitaReporters
Penduduk Terengganu dijangka berhadapan dengan hujan berterusan selama dua hari