.


Teknologi digital bakal menukar kampung-kampung tradisional, yang tidak mempunyai alamat jelas dan berstruktur, untuk menjadi kampung digital.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalin kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri Melaka melalui Inisiatif Kampung Digital Melaka (KDM). 

Inisiatif ini akan memastikan setiap premis di 623 kampung tradisional di Melaka dilengkapi alamat lengkap dan sistematik.

Selain itu, KDM akan memodenkan sistem alamat rumah dengan kod QR bagi memudahkan pngecaman dan pengenalpastian.

Diiktiraf oleh SIRIM, ia menjadi model kampung digital negara, memacu pembangunan digital mampan dan manfaat kepada komuniti setempat.



Menurut MCMC, Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka antara Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Dato’ Azhar Arshad telah diadakan pada 6 Januari 2025.

Majlis berkenaan telah disaksikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Menteri

Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Hadir sama, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan; Pengarah Urusan MCMC, Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus; dan Timbalan Pengarah Urusan MCMC, Datuk Zulkarnain Mohd Yasin. - KitaReporters/Kenyataan Media


15
13
0
11
0

Copy Link: