Dettol, jenama perlindungan kuman yang paling dipercayai di dunia, dengan bangganya bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi melancarkan dan meraikan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan dan kebersihan.

Apabila tabiat kebersihan yang diamalkan semasa pandemik COVID-19 mula merosot secara mendadak, penyakit berjangkit telah dibiarkan berkembang dan menjadi lebih mudah tersebar. 

Sebagai respons, Dettol bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memberi maklumat serta mendidik warga Malaysia tentang cara melindungi diri mereka dari jangkitan. 

Komited ke arah memberikan penyelesaian perlindungan yang lebih baik kepada individu serta keluarga, kehadiran Dettol di karnival ini bertujuan untuk mengingatkan orang awam tentang kepentingan tabiat kebersihan yang berkesan dalam mencegah penyebaran patogen berbahaya bagi terus mengurangkan beban penyakit.



Inisiatif BMSS yang akan berlangsung sepanjang bulan September 2023, dimulakan dengan karnival yang menyediakan aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk menyebarkan maklumat kebersihan yang mudah difahami kepada orang awam. 

Acara ini juga menandakan pelancaran Jerayawara Sekolah BMSS yang bertujuan untuk menggalakkan tabiat kebersihan yang lebih baik dalam kalangan pelajar di seluruh Malaysia. 

Dirasmikan dengan ucapan berwawasan oleh Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pendidikan, dan Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, acara bersejarah ini menekankan komitmen kedua-dua Kementerian dalam meningkatkan amalan kebersihan dan membangunkan pendidikan kesihatan di seluruh negara.

Bagi meningkatkan kesedaran serta menarik lebih ramai peserta, Dettol mendirikan sebuah gerai interaktif untuk mempromosikan tabiat kebersihan yang lebih baik dan menekankan kepentingan melindungi komuniti dengan menggunakan produk antibakteria. 

Penjelasan mengenai keberkesanan produk perlindungan kuman Dettol dan langkah-langkah penggunaan yang ideal turut didemonstrasikan semasa sesi tersebut. 

Kolaborasi ini menyokong program Madani Afiat oleh Kementerian Kesihatan, satu inisiatif berwawasan yang bertujuan meningkatkan piawaian kesihatan awam dengan memupuk pendekatan holistik serta berorientasikan pendidikan berkaitan kesejahteraan.

Berbekalkan pengalaman luas dalam mempromosikan amalan kebersihan yang baik, seperti yang ditunjukkan oleh Program Matlamat Dettol yang sedang berlangsung, yang mana tumpuan utamanya adalah untuk menanamkan tabiat kebersihan yang efektif dalam kalangan pelajar, penyertaan jenama ini dalam Bulan Kesejahteraan Negara mengesahkan lagi komitmennya untuk melindungi kesihatan serta kesejahteraan semua warga Malaysia.



Menyokong wawasan Timbalan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Pendidikan, Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran Kesihatan & Kebersihan, Malaysia dan Singapura, Reckitt mengulas tentang keperluan kesedaran kebersihan dalam landskap kesihatan yang sentiasa berubah, serta menjelaskan bahawa tindakan mudah seperti mencuci tangan adalah barisan pertahanan pertama dalam menentang penyebaran kuman dan menyimpulkan bahawa mencuci tangan secara komprehensif serta tabiat kebersihan yang berterusan adalah kaedah yang paling berkesan untuk mencegah dan melindungi. 

Sudut Pendidikan Kotak Kuman berjaya memberitahu kanak-kanak tentang bahaya kuman sambil mengajar mereka Rutin Mencuci Tangan 8 Langkah yang paling berkesan untuk memaksimumkan perlindungan. 

Peserta juga berpeluang untuk menghapuskan kuman secara fizikal melalui permainan menembak sasaran Pembasmi Kuman untuk peluang memenangi pensanitasi tangan 2 dalam 1 Dettol. 

Aktiviti acara ini menjadi lebih menyeronokkan dengan penampilan istimewa oleh naskot Dettol.

Tiffany Tang juga menyatakan semangat mereka untuk usaha kolaboratif ini: "Di Dettol, matlamat kami adalah untuk melindungi serta memupuk dalam usaha gigih membentuk dunia yang lebih bersih lagi sihat. 

"Kami sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam mempromosikan kesedaran kebersihan semasa Bulan Kesejahteraan Negara. 

"Melalui kerjasama ini, kami berhasrat untuk menggalakkan tabiat kebersihan yang lebih komprehensif dengan mempromosikan pendidikan kebersihan pada peringkat kebangsaan. 

"Menggerakkan perubahan tingkah laku memerlukan kolaborasi dari semua peringkat masyarakat, bagi menguatkan usaha kami semasa Bulan Malaysia Sihat Sejahtera sebagai langkah pertama ke arah perubahan yang lebih baik.”



Inisiatif kolaboratif ini adalah bukti komitmen bersama Dettol dan Kementerian Kesihatan untuk membentuk Malaysia yang lebih sihat, membayangkan sebuah negara yang mana kebersihan bukanlah sekadar langkah berjaga-jaga tetapi merupakan satu cara hidup. 

Karnival BMSS ternyata menjadi satu pengalaman yang dinamik serta informatif buat semua peserta dan menunjukkan keterlibatan aktif Dettol dengan komuniti bagi meningkatkan kesihatan awam. 

Dettol yakin bahawa melalui usaha khidmat masyarakat yang penting dan kolaborasi pakar, ia akan dapat membentuk budaya kebersihan, kesihatan, dan kesejahteraan serta melahirkan Malaysia yang lebih bersih dan sihat. - KitaReporters/Kenyataan Media

13
11
0
14
0

Copy Link: