GARA-GARA hendak meningkatkan seksual lelaki semasa melakukan hubungan intim, dua orang rakyat Singapura terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan hospital apabila mengalami sakit teruk termasuk seorang mengalami priapisme atau ereksi alat kelamin lelaki selama empat jam selepas mereka minum kopi ‘Prime Kopi Pejuang 3 in 1’, baru-baru ini.

Berikutan dengan kejadian itu, Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) Singapura melarang orang ramai terutama kaum lelaki di negara itu untuk membeli atau meminum produk tersebut yang dijual secara dalam talian.

Produk Kopi Pejuang didapati mengandungi banyak kandungan bahan perubatan sintetik, ‘tadalafil’ yang tidak diisytiharkan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan alat kelamin

 


Dipetik dari portal thesundaily.my pada 26 Mei 2022, HSA Singapura melaporkan, seorang pengguna dimasukkan ke unit kecemasan setelah mengalami kesan buruk seperti sakit badan, menggigil, migrain dan sakit pada bahagian rahang.

Katanya, seorang lagi pengguna mengalami priapisme (keadaan abnormal apabila zakar terereksi secara berterusan tanpa keinginan seks) selama kira-kira empat jam selepas mangsa mengambil kopi tersebut.

Priapisme boleh menyebabkan kerosakan tisu zakar secara kekal jika tidak dirawat dengan segera.

‘’Pengguna yang mengambil produk itu mengikut arahan penggunaan yang dilabelkan – satu ucang setiap hari – boleh terlebih dos tadalafil iaitu 10 kali daripada yang ditetapkan.

‘’Tadalafil, ubat preskripsi yang digunakan untuk merawat disfungsi erektil, hanya diberikan di bawah pengawasan perubatan,’’ kata HSA dalam laman sesawangnya.



‘Prime Kopi Pejuang 3 in 1’ dijual dalam e-dagang tempatan - Shopee, Lazada, Qoo 10 , Carousell dan platform media sosial Facebook.

Semua penjual atau pembekal mesti berhenti menjual produk itu dengan serta merta mulai sekarang dan HSA Singapura tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang terbabit dengan produk tersebut. 

Mereka yang didapati bersalah membekal ‘Prime Kopi Pejuang 3 dalam 1’ boleh didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan itu boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda S$10,000 (kira-kira RM32,000). - KitaReporters


7
15
1
20
1

Copy Link: