Bisnes baharu! Fattah Amin mahu francaiskan Meat Cartel BBQ!
Published by
Fattah Amin bersama rakan kongsi melancarkan francais Meat Cartel BBQ di Kota Damansara
Meat Cartel BBQ cawangan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor diusahakan oleh Fattah bersama lima rakan.
Selain itu, restoran ini turut menyediakan khidmat penghantaran menerusi tempahan yang dibuat oleh para pelanggan secara dalam talian.
Fattah turut melayani pengunjung pada hari pembukaan rasmi restoran.
Perniagaan dalam bidang F&B bukan asing bagi Fattah kerana sejak Oktober 2016 dia telah membuka sebuah kafe makanan Barat iaitu Stalkers Café di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Berikut adalah tulisan penuh Fattah dalam Instagramnya :
"Setelah beberapa tahun menimba pengalaman dalam bidang F&B. Today, we have officially launched a smoked bbq franchise with a brand name of — Meat Cartel. ..
"Terima kasih kepada semua rakan-rakan media yang sudi hadir untuk turut serta bersama kami. My team and I have worked tirelessly on this special project since last year.
"Alhamdulillah, kami berjaya survive PKP dan sekarang ready untuk grow and take Meat Cartel to a new height!
" ..Group photo bersama the Meat Cartel partners and first few franchisees yang terdiri daripada Kg Baru, Bangi, Subang dan Johor Bahru.
"To everyone out there yang berminat untuk membuka franchise Meat Cartel anda, do contact us and we would be delighted to welcome you in our Meat Cartel family!"
Walau sibuk dalam beberapa perniagaan, ia tidak menghalang Fattah bergiat dalam bidang lakonan.
Fattah bakal kembali ke layar perak menerusi filem seram berjudul ‘Miimaland’ arahan Nevin Hiong dan filem biografi sejarah ‘Mat Kilau’ arahan Syamsul Yusof.
Antara menu Meat Cartel BBQ