"ROBOT akan datang, dan mereka membawa piza!"

Begitulah revolusi teknologi P-Hailing yang sedang meningkat maju dari semasa ke semasa bagi memenangi pesaingan dalam sektor ekonomi.

Minggu ini, sebuah syarikat makanan piza Itali yang terkenal dunia iaitu Domino's Pizza melancarkan perkhidmatan penghantaran makanan mereka menggunakan kereta robot khusus untuk para pelanggan mereka sekitar Houston di New York, Amerika Syarikat.

Bagi mereka yang memilih untuk menggunakan khidmat kereta robot tersebut, piza atau makanan mereka akan tiba di hadapan rumah menggunakan kenderaan automatik sepenuhnya yang direka khas oleh Nuro.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan piza



Menurut laporan CNN, pelanggan hanya memerlukan beberapa langkah sahaja untuk menggunakan cara tersebut.

Pelanggan di kawasan Woodland Heights di Houston dapat memilih penghantaran robot dan menerima teks mengenai lokasi kereta dan kod berangka yang dapat digunakan untuk mengambil pesanan.

Sebaik sahaja kereta tiba, pelanggan perlu memasukkan nombor pada skrin sentuh bot, dan pintu kereta terbuka dan makanan yang dipesan sebelum ini sudah boleh diambil dari dalam kereta robot tersebut.

Kereta robot Nuro adalah kenderaan penghantaran di jalan raya secara automatik dan bebas daripada kawalan manusia pertama di dunia.

Ia telah mendapat kelulusan peraturan dari Jabatan Perhubungan AS tahun lalu, kata pengurusan syarikat Domino's.



Untuk makluman ramai, sebenarnya ini bukan kali pertama Domino's menggunakan teknologi robot dalam dunia penghantaran automatik.

Pada tahun 2017, syarikat yang berpusat di Michigan itu telah menggunakan kenderaan hibrid Ford Fusion yang menggunakan pemanduan sendiri untuk menghantar piza kepada pelanggan yang dipilih secara rawak di Ann Arbor, Michigan.

Dan pada tahun 2013, Domino's telah menguji penghantaran piza melalui dron di United Kingdom.

Walaupun pelbagai eksperimen sebegini digunakan sejak beberapa tahun lalu dan ia berjaya, namun pelanggan tidak disarankan untuk meletakkan harapan tinggi dalam proses p-hailing seperti ini.

Menurut CNN, sudah tentu kaedah teknologi tinggi sebegini akan mengambil masa yang agak lama dan tidak berjaya diaplikasikan secara meluas untuk tempoh yang singkat ini.

"Masih banyak yang dapat dipelajari oleh jenama kami mengenai ruang penghantaran automatik," kata Dennis Maloney yang merupakan Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Inovasi Domino's.



Namun penghantaran automatik sebegini masih pada peringkat uji kaji dan keberkesanan secara umum.

"Program ini akan memungkinkan kita untuk lebih memahami bagaimana pelanggan bertindak balas terhadap penghantaran, bagaimana mereka berinteraksi dengan robot dan bagaimana ia mempengaruhi operasi kedai," tambahnya lagi.

Untuk rekod, Domino's bukan rangkaian piza pertama yang berani mencuba teknologi ini. 

Pada tahun 2018, Pizza Hut mengumumkan bahawa ia bekerjasama dengan Toyota untuk melepaskan kenderaan penghantaran sepenuhnya secara tanpa kawalan manusia atau automatik.

Namun teknologi ini masih belum sesuai untuk digunakan secara lebih meluas kerana terdapat beberapa faktor penghalang yang memerlukan proses penambahbaikan. - KitaReporter


1
1
0
0
0

Copy Link: