Pegawai Penguat Kuasa KPNIHEP Terengganu turun padang membuat pemeriksaan terhadap harga sayur-sayuran. - Kredit gambar: Ihsan KPDHEP Terengganu


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu memberi jaminan bahawa kenaikan harga sayuran adalah bersifat sementara dan dijangka akan mengalami penurunan semula apabila keadaan cuaca bertambah baik.

Pengarah KPDNHEP Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata, pihaknya mengambil maklum laporan akhbar berhubung kedudukan harga barangan yang meningkat itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan harga barang

Senarai haraga sayuran,ayam dan telur di Terengganu


Turut dilaporkan kenaikan harga telur ayam secara mendadak di negeri ini sejak beberapa hari lalu adalah disebabkan kenaikan harga makanan ayam. Selain itu, kos yang ditanggung oleh pengeluar telur turut menjadi punca peningkatan harga telur ketika ini. 

Manakala kenaikan harga sayuran pula adalah disebabkan keadaan cuaca penghujung tahun iaitu musim tengkujuh yang sememangnya memberi kesan kepada kekurangan bekalan akibat kerosakan hasil pertanian serta faktor tambahan kos penggunaan baja.

Alasan tersebut dimaklumkan oleh peniaga kepada pegawai penguat kementerian berkenaan ketika mereka menjalankan pemeriksaan di premis sekitar Kuala Terengganu pada Sabtu 27 November 2021.


Saharuddin Mohd KIa


Kata Saharuddin, berdasarkan rekod pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan oleh KPDNHEP Negeri Terengganu sebelum ini menunjukkan berlakunya peningkatan harga telur ayam dan sayuran-sayuran bermula pada minggu pertama bulan November 2021.

Saharuddin berkata, kenaikan harga tersebut adalah bersifat sementara dan dijangka akan mengalami penurunan semula apabila keadaan cuaca bertambah baik dan pengguna disarankan untuk berbelanja secara bijak dengan memilih premis yang menawarkan barangan pada harga berpatutan.


Seorang pegawai KPDNHEP memeriksa senarai harga sayur-sayuran di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu


Katanya, sebanyak 47 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) telah dikeluarkan kepada peniaga ayam di seluruh negeri Terengganu dan daripada jumlah tersebut sebanyak 41 peniaga pada peringkat borong dan runcit telah diberikan surat pemberitahuan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 untuk menurunkan harga jualan ayam mereka manakala 4 kertas siasatan dibuka ke atas empat pemborong ayam yang gagal menurunkan harga jualan ayam mereka pada paras biasa.

“Rata-rata peniaga memaklumkan kenaikan harga telur ayam ketika ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga makanan ayam. Kos yang ditanggung oleh pengeluar telur menjadi punca peningkatan harga telur ketika ini. Manakala kenaikan harga sayuran pula adalah disebabkan keadaan cuaca penghujung pada setiap penghujung tahun,” kata dalam kenyataan media pada Sabtu 27 November 2021.



KPDNHEP Terengganu sentiasa menggerakkan 116 orang Pegawai Penguat Kuasa setiap hari untuk memeriksa harga dan bekalan di seluruh Negeri Terengganu dan 59 orang Pegawai Pemantau Harga (PPH) untuk memantau harga barangan keperluan.

Saharuddin berkata, premis yang dipantau dan diperiksa meliputi pasar awam/basah, pasar tani, pasar raya, hypermarket dan kedai runcit. 

Data-data harga kemudiannya dikumpul sebelum dicerakin menjadi laporan dan pelan tindakan yang diperlukan seperti mencari punca kenaikan, pelaksanaan harga kawalan dan sebagainya.


Seorang penguat kuasa KPDNHEP memeriksa harga ayam di sebuah pasar awam di Kuala Terengganu


Sehubungan itu, KPDNHEP mengalu-alukan kerjasama daripada para pengguna untuk menyalurkan sebarang maklumat salah laku atau aduan melalui saluran yang disediakan bagi memastikan para peniaga sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Aduan boleh dibuat melalui:

  • (i) Portal e-aduan@kpdnhep.gov.my 
  • (ii) Talian Hotline KPDNHEP 1800-886-800 4 
  • (iii) E-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my 
  • (iv) Aplikasi Telefon Pintar EzADU 
  • (v) Pusat Arahan Penguatkuasaan (Enforcement Command Centre) 03-8882 6245/6088 
  • (vii) Whatsapp ke 019- 279 4317 
  • (viii) Media sosial Facebook dan Twitter KPDNHEP Terengganu. - KitaReporters


Harga sayur-sayuran naik mendadak di Terengganu

 

 

 

8
11
1
12
2

Copy Link: