SEORANG wanita tidak menyangka berjaya melahirkan sepasang bayi kembar yang comel dalam keadaan dirinya koma selepas disahkan positif Covid-19. Memetik laporan SkynewsDr. Perpetual Uke dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth selepas mengalami simptom (gejala) demam dan keadaan menjadi lebih parah apabila memerlukan bantuan pernafasan sebelum dilaporkan koma. : KitaReporters


PERPETUAL tidak menyangkakan bayi kembarnya berjaya diselamatkan menerusi pembedahan selepas disahkan positif Covid-19. - Kredit foto: newssky.com


Lagi kisah-kisah berkaitan England:

https://kitareporters.com/search?search=england


Ketika disahkan positif, Uke yang merupakan Konsultan Rhemotology di Hospital Birmingham City, England sedang mengandung enam bulan. Namun keadaan yang kritikal memaksa pihak doktor membuat pembedahan segera ke atas dirinya bagi menyelamatkan nyawa bayi dan ibu.



Sebaik sahaja sedar dia terkejut melihat perutnya yang selama ini memboyot bertukar menjadi leper.

“Saya sangkakan mengalami keguguran dan ketika itu saya terlalu sedih memandangkan perut juga sudah tidak memboyot lagi,” ujarnya.

Namun ibu kepada empat cahaya mata itu amat terkejut kerana disisinya terdapat sepasang bayi kembar yang sangat comel.



Rupanya Uke berjaya melahirkan bayi melalui pembedahan pada 10 April 2020 dengan bayi masing-masing mempunyai berat 770 gram dan 850 gram. 

BAHAGIA Perpetual Uke bersama suaminya, Matthew dan empat anak mereka. - Kredit foto: BBC.


“Mereka terlalu kecil menyebabkan sukar untuk saya memegangnya dan tidak seperti abang dan kakaknya pada awal kelahiran disebabkan lahir pramatang,” katanya lagi.

Uke berkata dia tidak menyangka dirinya berjaya melahirkan bayi dalam keadaan dirinya koma selama 16 hari.

“Saya menangis apabila melihat mereka berdua, saya tak sangka mereka berdua selamat, tapi inilah sains perubatan yang profesional,” katanya lagi. 





Bayi kembarnya yang terdiri daripada bayi perempuan, Sochika Palmer, manakala bayi lelaki pula dinamakan Osinachi Pascal itu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama hampir empat bulan berikutan lahir dalam keadaan pramatang. 

Ogos 2020, kedua-dua bayi  itu kemudian dibenarkan pulang ke rumah selepas ‘berkampung’ selama 116 hari di hospital.

Semoga Palmer dan Pascal membesar sebagai anak yangsihat dan berguna di masa depan. : KitaReporters

3
5
0
0
0

Copy Link: