Tanah tebing jalan runtuh! Jalan raya Kampung Tuit - Kampung Mat Daling tertimbus, terhalang!
Published byApa sudah jadi. Retak sudahpun terbelah!! Jalan raya dari Kampung Tuit (Kuala Tahan) ke Kampung Mat Daling, Mukim Hulu Tembeling tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan hari ini. Dalam kejadian awal pagi tadi, tebing runtuh menyebabkan tanah menggelongsor menutupi jalan raya. : Kitareporters
Fenomena kejadian tebing runtuh dan tanah menggelongsor menutupi jalan raya antara Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling, mukim Hulu Tembeling berdekatan Bukit Awam awal pagi hari ini (8 Januari 2021). - Kredit foto: Penduduk Kampung Pagi
Lagi laporan-laporan berkaitan jalan raya:
https://kitareporters.com/search?search=jalan+raya
Kini jalan raya antara Kampung Pagi dengan Kampung Kuala Sat berdekatan pusat rekreasi Bukit Awan ditutup sepenuhnya.
kejadian itu menyebabkan kira-kira 3,000 orang penduduk terkandas langsung ke Taman Negara Kuala Tahan dan bandar Jerantut melalui jalan darat.
Terdahulu, KitaReporters melaporkan pada 6 Januari 2021 lalu mengenai kejadian runtuhan tebing dan mendapan tanah menyebabkan tekstur permukaan jalan raya 'turun naik' kini sudah jelas apabila runtuhan tebing pula menyebabkan tanah menggelongsor ke atas jalan.
Jalan Kg Tuit - Kg Pagi, Hulu Tembeling diancam bahaya! Rosak teruk akibat mendapan, runtuhan - KitaReporters
Abdul Jamin Md Yassin sedang melihat tanah yang menutupi jalan raya berdekatan Bukit Awan, di Kampung Pagi hari ini (8 Januari 2021). - Kredit foto: Penduduk Kampung Pagi
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kemakmuran Kampung (JKKK) Pagi, Abdul Jamin Md Yassin berkata, pada pagi hari ini (Jumaat, 8 Januari 2021), dia dimaklumkan oleh seorang penduduk yang hendak ke Kampung Kuala Sat berpatah balik apabila mendapati laluan berdekatan Bukit Awan dilitupi tanah.
"Saya sendiri ke tempat kejadian ini dan mendapati permukaan jalan raya ditimbus tanah setinggi lebih dua meter yang menggelongsor daripada tebing berdekatan laluan ini.
"Kejadian ini berpunca hujan lebat sebelum ini menyebabkan tebing terhakis dan runtuh. Mujurlah tidak ada kenderaan yang melalui kawasan ini tanpa melibatkan ancaman keselamatan pemandu," katanya di Kampung Pagi hari ini (8 Januari 2021).
Menurut Abdul Jamin, sehingga ini jalan raya itu tidak boleh dilalui kenderaan malahan banyak lagi tempat (jalan raya) akan mendap dan runtuhan tanah berasaskan kerosakan teruk bermula sejak musim pejur pada awal bulan ini.
"Kita berharap kerajaan segera membaik pulih semua kerosakan di beberapa tempat kerana laluan ini menjadi perhubungan darat bagi kenderaan penduduk Hulu Tembeling berurusan di bandar Jerantut," katanya.
KHAMRI BASRI
Sementara itu, penduduk Kampung Pagi, Khamri Basri berkata, dia yang menunggang motosikal ke Kampung Kuala Sat terkandas di laluan Bukit Awan pada pagi hari ini apabila tanah menutup langsung atas jalan raya.
"Saya berpatah balik kerana tidak ada alternatif jalan lain. Nak menggunakan bot gentian kaca tidak boleh kerana arus Sungai Tembeling deras dan berbahaya.
"Keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan masih turun berkemungkinan banyak lagi tempat berlaku mendapan dan runtuhan tebing sekali gus mengundang bahaya kepada pengguna," katanya.
Seorang penduduk melihat kejadian runthan tebing dan tanah menggelongsor sehingga menutupi permukaan jalan raya berdekatan Bukit Awan di Kampung Pagi, Jerantut hari ini (8 Januari 2021). - Kredit foto: Penduduk Kampung Pagi
Suhaidi Erwan (depan) bersama rakannya, Alias Hashim (memandu bot) meredah arus deras Sungai Tembeling menghilir ke Kampung Pagi berikutan terputus perhubungan jalan darat. - Kredit foto: FB Suhaidi Erwan.
Sementara itu, penggiat ekopelancongan Sat Expeditions Kampung Kuala Sat, Suhaidi Erwan menerusi hantaran dalam laman sosial Facebooknya berkata, kejadian itu menyukarkan penduduk Hulu Tembeling ke bandar Jerantut untuk berbelanja keperluan dapur dan persiapan persekolahan.
"Hari ini saya menggunakan bot penambang meredah arus deras dan menyusur banjir Sungai Tembeling untuk berurusan di Kampung Pagi.
"Saya berharap ada pihak yang dapat membantu penduduk di Hulu Tembeling membaiki jalan raya di sini kerana tanpa kemudahan ini tidak dapat keluar berbelanja ke bandar ..." katanya menerusi hantaran dalam laman sosial tersebut.
Kredit foto: FB Zeko Sz
Seorang lagi penduduk Kuala Sat yang cuma dikenali Zeko Sz menerusi hantaran laman sosial FB miliknya berkata, dia tidak dapat keluar ke bandar kerana perhubungan jalan raya di situ terputus dan berbahaya.
"...Nk keluar pun x lepas..." rungutnya menerusi hantaran tersebut sambil menyertakan beberapa keping gambar mengenai kejadian mendapan tanah dan runtuhan tebing berlaku di jalan raya Kampung Sat menghala ke Kampung Tuit (Kuala Tahan). - KitaReporters