Jambatan Angkat Kuala Terengganu bermandikan cahaya berwarna unggu sempena Sambutan Hari Wanita 2022


PELBAGAI cara dilakukan oleh banyak pihak untuk meraikan Sambutan Hari Wanita 2022 yang disambut di seluruh negara sebagai menghormati hari istimewa kepada golongan berkenaan

Kerajaan Negeri Terengganu yang turut prihatin dengan sambutan tersebut turut melakukan aktiviti yang agak unik apabila jambatan angkat atau dikenali juga drawbridge dilimpahi cahaya lampu berwarna ungu bermula 8 Mac 2022 hingga 10 Mac 2022.

Struktur ikonik Terengganu, jambatan angkat tersebut dilihat begitu cantik apabila bermandi cahaya pada waktu malam, sekali gus menarik pengunjung ke Bandar Raya Persisiran Air tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jambatan


Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.) dalam satu kenyataan memaklumkan, Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional Negeri dengan kerjasama Terengganu Inc. menghias Jambatan Angkat Kuala Terengganu dengan pengcahayaan lampu berwarna ungu bagi melambangkan warna simbolik Sambutan Hari Wanita bermula 8 hingga 10 Mac 2022

8 Mac adalah juga Hari Wanita Antarabangsa yang disambut di seluruh dunia.

Menurut kenyataan tersebut, Hari Wanita disambut setiap tahun di Malaysia sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa wanita yang sangat signifikan dalam pembangunan negara


Warna ungu menghiasi Jambatan Angkat pada waktu malam.


“Bagi tahun ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memilih ‘Saksama Bersama’ sebagai tema sambutan Hari Wanita 2022 yang disambut pada 8 Mac.2022. 

"Tema ini dipilih untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman seluruh lapisan masyarakat terhadap kepentingan mencapai kesaksamaan bersama bagi memastikan potensi wanita dapat diupaya dan dioptimumkan demi menyediakan masa depan negara yang mampan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, tema tersebut selari dengan tema Hari Wanita Antarabangsa iaitu ”Gender Equality Today For A Sustainable Tomorrow” dan juga disesuaikan dengan konsep Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang memberi tumpuan kepada pembangunan secara mampan dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif. - KitaReporters 



 

11
9
1
12
0

Copy Link: