Terima kasih APM, DBKL! Bantu atasi pokok tumbang, kerosakan! Akibat hujan ribut di Danau Kota
Published byPOKOK yang tumbang di Taman Permainan Kanak-Kanak Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur ekoran ribut kencang pada petang Khamis 6 Mei 2021.
HUJAN ribut dan angin kencang serta dentuman petir di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada petang Khamis 6 Mei menyebabkan beberapa pokok besar tumbang menghadang jalan serta merosakkan harta benda.
Sekurang-kurangnya lapan batang pokok tumbang, masing-masing satu di Jalan Taman Ibu Kota berdekatan Masjid Ibnu Abbas, di hadapan pasar raya mini Mydin di Jalan Langkawi, dan di hadapan sebuah rumah kediaman di Jalan 6/23B.
Pokok di hadapan rumah ini tumbang mengarah ke dalam pagar merosakkan kenderaan di halaman rumah.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hujan ribut
POKOK tumbang ke dalam pagar sebuah rumah di Jalan 6/23 B Danau Kota lalu mengakibatkan kerosakan pada kenderaan.
Selain itu, dua pokok tumbang di hadapan Balai Polis Danau Kota serta tiga pokok di Taman Permainan Kanak-Kanak Danau Kota yang kini dalam proses naik taraf.
Cuaca mula kelam dalam lingkungan pukul empat petang 6 Mei 2021 ketika para peniaga bazar Ramadan Danau Kota baharu mahu memulakan perniagaan.
Ini diikuti dengan tiupan angin kencang sehingga menerbangkan pakaian serta menumbangkan ampaian dalam kawasan rumah.
Pasukan Pertahanan Awam menjalankan kerja membersih dan mengalih pokok tumbang di hadapan pasar mini Mydin, Danau Kota, yang menghalang laluan utama Jalan Langkawi.
Penduduk yang bimbang dengan tiupan angin yang semakin kencang serta hujan semakin lebat hanya duduk di dalam rumah.
Seiring tiupan
angin ribut dan dentuman petir inilah satu persatu pokok tumbang menghalang laluan jalan utama.
Pokok yang
tumbang di Jalan Taman Ibu Kota, jalan utama menghubungkan Jalan Gombak dan
Jalan Genting Klang melalui Danau Kota, menyebabkan aliran trafik dialihkan ke
laluan sebelah.
Pokok tumbang di hadapan balai polis pula menyebabkan tiga kereta yang diletak di kawasan parkir di situ rosak akibat dihempap pokok.
Hujan ribut dan angin kencang ini berlarutan untuk beberapa awakrtu sehinggalah agak reda menjelang waktu berbuka puasa.
Para penduduk mengucapkan terima kasih kepada pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang datang melakuan kerja-kerja memotong dan mengalih pokok yang tumbang sehingga ke malam. - KitaReporters.com
KERETA rosak dihempap pokok tumbang di hadapan Balai Polis, Danau Kota, Setapak.