Berita Terkini| Masjid Kariah Bandar Baru Senawang ditutup sementara! Dari 15 Mei hingga 22 Mei!
Published byDITUTUP selama seminggu berkuat kuasa 15 Mei berikutan seorang pegawai masjid berkenaan disahkan positif Covid-19. - Kredit foto: Sinar Harian.
MASJID Kariah Bandar Baru Senawang (BBS) Negeri Sembilan diarah tutup selama tujuh hari mulai 15 Mei 2021 berikutan seorang pegawai masjid itu disahkan positif Covid-19.
Pengerusi masjid berkenaan Shariman Azeze, mengesahkan arahan penutupan dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), berkuat kuasa 15 hingga 22 Mei 2021 ini.
Penutupan sementara itu bagi memberi ruang pihak berkuasa mengesan kontak rapat kepada pesakit terbabit.
"Namun, kerja-kerja sanitasi masjid sudah pun
dilakukan pada pagi Sabtu, 15 Mei sebaik sahaja mendapat makluman mengenai kes
berkenaan yang dimaklumkan ketika solat Subuh.
"Seramai 20 pegawai masjid termasuk sukarelawan yang bertugas di masjid ini telah menjalani ujian calitan Covid-19 dan keputusannya adalah negatif. Ada beberapa lagi masih menunggu keputusan," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian, Ahad 16 Mei 2021.
Bagaimanapun, Shariman menjelaskan jemaah lain yang datang ke masjid terbabit tidak perlu panik kerana keadaan masih terkawal.
Namun mereka yang mungkin berhubung rapat dengan
pesakit berkenaan dinasihatkan supaya membuat ujian calitan sebagai langkah
keselamatan.
"Tidak ada keperluan untuk semua jemaah yang hadir ke masjid ini membuat ujian calitan, kontak rapat sahaja kita nasihatkan buat," katanya.
Terdahulu, tular dalam media sosial mengenai salah
seorang jemaah masjid di kariah berkenaan disahkan positif Covid-19, sekali gus
semua jemaah yang hadir pada solat Jumaat, 14 Mei lalu diminta membuat ujian
calitan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
Pengerusi masjid berkenaan Shariman Azeze, mengesahkan arahan penutupan dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) atas nasihat Pusat Kesihatan Daerah (PKD), berkuat kuasa 15 hingga 22 Mei ini.