Berita Terkini| Buka akaun Tabung Haji secara online! Platform terbaharu! VAO menerusi THiJARI
Published byOrang ramai kini boleh membuka akaun Tabung Haji secara dalam talian
ORANG ramai
kini boleh membuka akaun Tabung Haji (TH) secara dalam talian melalui platform
terbaharu iaitu Pembukaan Akaun secara Maya (VAO) menerusi pautan dan aplikasi
THiJARI yang diperkenalkan oleh Lembaga Tabung Haji.
Pengarah
Eksekutif Operasi TH, Mustakim Mohamad, berkata VAO membolehkan rakyat Malaysia
beragama Islam membuka akaun TH dengan lebih mudah di mana sahaja mereka berada
dan ia sebahagian inisiatif transformasi digital TH.
"Bakal
pendeposit perlu layari laman web www.thijari.com.my (dan klik - Tiada Akaun
TH? BUKA SEKARANG), kemudian isi butiran lengkap secara dalam talian. Seterusnya
hadir di mana-mana cawangan TH bagi
pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.
"Inisiatif
ini memudahkan urusan pembukaan akaun
baharu, masa untuk membuka akaun juga disingkatkan dari 15 minit ke satu minit.
Pendeposit diberi keutamaan di cawangan TH kerana telah lengkapkan permohonan
terlebih dahulu.
"Bakal pendeposit perlu patuhi syarat pembukaan akaun. Hanya perlu bawa MyKad dan amaun deposit permulaan,” katanya menerusi satu kenyataan pada 27 Mei 2021.
Tambah
beliau, pendeposit yang mempunyai anak kandung berusia bawah 18 tahun juga
boleh membuka akaun kanak-kanak menerusi THiJARI. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter