BEKALAN PPE TAK CUKUP! ADTEC JERANTUT BANTU
Published byTULAR dalam media sosial mengenai bekalan Pakaian Perlindungan Diri (PPE) yang digunakan oleh petugas barisan hadapan dalam menghadapi penularan wabak pandemik COVID-19 semakin tidak mencukupi. Malah, juga dikatakan ada petugas kesihatan yang terpaksa menggunakan plastik atau beg sampah sebagai pelindungan diri. : KitaReporters
Kredit: FB Karisma Humanitarian Outreach Mission
Salah satu komponen wajib PPE ialah face shield (pelindung muka) dan permintaan terhadapnya sangat tinggi kerana ia bukan sahaja digunakan di sektor kesihatan tetapi juga menjadi keperluan untuk anggota pasukan keselamatan, sektor pembersihan dan mana-mana pihak terbabit dengan kerja-kerja barisan hadapan dalam mendepani COVID-19.
Penggunaannya sangat penting untuk mengelakkan daripada dijangkiti!
Face shield (pelindung muka) - Gambar hiasan
Banyak pihak yang tampil membantu menyediakan PPE secara sukarela dan pembelian material menerusi sumbangan yang diterima.
Pada mereka, sumbangan itu tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan mereka yang terbabit secara langsung dalam membendung wabak daripada terus merebak.
Kami membantu sekadar termampu.
Pengarah ADTEC, Kamaruzaman Md Ali berkata, pusat itu melalui Bahagian Teknologi Polimer (Plastik) menggunakan Injection Moulding Machine sedia ada di pusat itu untuk menghasilkan kira-kira 10,000 unit pelindung muka untuk kegunaan kumpulan barisan hadapan.
Katanya, inisiatif yang diambil itu sekurang-kurangnya dapat membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperolehi alat itu dengan segera dan mudah untuk digunakan oleh petugas mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Alhamdulillah.. kami juga terima tempahan dari luar daerah dan negeri Pahang
Semoga petugas barisan hadapan terus diberikan kesihatan yang baik berpanjangan dan laksanakan tanggungjawab dengan tulus dan ikhlas. - KitaReporters