TERBAIK TATIUC!! BUAT STERILIZATION CHAMBER
Published byBAGUS!! Nampaknya institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini berlumba-lumba untuk membuat pelbagai projek sama ada dari segi perubatan, mencipta kotak perlindungan, menghasilkan sarung tangan, mengeluarkan produk pembersih tangan dan pelbagai ciptaan baharu untuk menangani virus COVID-19 yang sedang melanda negara sekarang. : KitaReporters
Rektor UC TATI, Profesor Dr Anuar Ahmad
Persaingan sihat itu amat baik dan patut dialu-alukan kerana ia dihasilkan oleh golongan pensyarah dan pelajar, sekali gus dapat meningkatkan tahap inovasi serta kreativiti, di samping menambah hasil pengeluaran dalam negara, sekaali gus mengurangkan kebergantungan kepada produk dari negara asing.
Kolej Universiti TATI (TATIUC) di
Kemaman, Terengganu, turut memperkenalkan projek CSR yang dikenali
sebagai 'Sterilization Chamber' (ruang pensterilan/sterilisasi) dalam usaha membantu penularan COVID-19
di Terengganu.
Rektor TATIUC, Profesor Dr Anuar Ahmad, berkata “Sterilization Chamber” itu menyediakan ruang pensterilan bagi kemudahan petugas di barisan hadapan (frontliners) dan orang awam dalam mencegah penularan wabak COVID-19.
Katanya, “Sterilization Chamber” akan digunakan sebagai ruang laluan menyahkuman secara automatik selama 3 saat.
Sterilization Chamber (ruang pensterilan) ciptaan Universiti Kolej TATI (TATIUC), Terengganu
Beliau berkata, penggunaan sistem chamber ini adalah lebih ringkas, lebih menyeluruh dan berkesan untuk menyahkuman bagi 'frontliners' dan orang awam.
“Sebagai permulaan peralatan itu akan ditempatkan di kawasan tumpuan termasuk di balai polis, klinik desa dan pasar sekitar Kemaman,” katanya dalam satu kenyataan media.Katanya, TATIUC ingin membuka peluang kepada individu atau syarikat yang berminat untuk menyumbang keperluan peralatan bagi membangunkan chamber ini.
Hasil ciptaan UC TATI Terengganu untuk proses penyahkumanan pada badan.
Dr Anuar berkata, penggunaan system ini adalah lebih ringkas, menyeluruh dan berkesan untuk menyahkuman bagi kakitangan barisan hadapan dan orang awam
“Kos pembinaan satu unit dianggarkan bernilai hanya RM1,000.
"Ketika ini, satu unit daripadanya sudah hampir siap, manakala beberapa unit lagi dalam proses akhir,” katanya.
Kolej Universiti TATI, Kemaman, Terengganu
Beliau berkata, melihat keadaan dialami negara sekarang, TATIUC tampil membangunkan idea kreatif itu untuk bersama-sama membantu memberi perlindungan kepada masyarakat.
Malah, kata Dr Anuar, pihak TATIUC juga
sedia membuka peluang kepada individu
dan syarikat berminat untuk berganding
bahu menyumbang peralatan dan dana
supaya lebih banyak unit dapat dihasilkan dan seterusnya dapat
dimanfaatkan masyarakat setempat. - KitaReporters