MENCAPAI hasil jualan sehingga RM10 juta setahun, TT Live Mall  tergolong sebagai platform e-dagang terbesar di rangkaian media sosial setakat ini. Sehubungan itu, platform perniagaan on-line  yang dikendalikan TT Live Group Sdn Bhd ini mempunyai perancangan melebarkan sayapnya ke Jepun, Singapura, Indonesia, Korea, Thailand, Cambodia, Vietnam dan China. : KitaReporters.com

Mohd Redzuan Mohd (tengah) menyempurkan pelancaran TT Live Mall diiringi bersama Kevin Wong (kiri) dan Zaienal Abidin Omar di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Justeru, bagi tujuan tersebut, TT Live Group menubuhkan TT Live Mall Academy untuk melatih para usahawan baharu bagi menjadikan mereka bakal 'influencer' (pensohor media sosial), di samping 'influencer' yang sedia ada dalam kalangan artis Malaysia contohnya.

“Perniagaan yang telah ditubuhkan pada awal tahun 2017 ini akan membuka peluang kepada ribuan usahawan untuk turut serta dalam program perniagaan alaf baharu ini,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif TT Live Group, Datuk Kevin Wong dalam ucapan aluannya di majlis pelancaran TT Live Mall  dan upacara menandatangani MoU bersama beberapa wakil negara peserta di Hotel Shangri-la pada 7 Januari 2020.

Turut hadir merasmikan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof bersama Pengerusi TT Live Group, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar.


Menurut Kevin, dengan pelan memperluaskan pasaran ke seluruh rantau Asia dan China dalam tempoh 2 tahun mendatang ini, TT Live Group menawarkan peluang keemasan untuk perniagaan online ini kepada semua individu yang berminat.

“Ini akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan pendapatan dan jualan produk-produk dari Malaysia,” sambung Kevin.

Beliau mengalu-alukan  penyertaan semua rakyat terutama para artis dan selebriti tempatan untuk sama-sama menyertai perniagaan dalam talian berkenaan.

Bersama meraikan pelancaran, barisan artis yang dijemput terdiri daripada Datuk DJ Dave serta Ezlynn yang tidak ketinggalan menyampaikan beberapa buah lagu.

Artis jemputan lainnya yang kelihatan termasuk barisan pelakon veteran seperti Datuk Norman Abdul Halim, Kismah Johar, Mubarak Majid, Amran Nasrudin, Abon serta Nico-G.


“Menariknya, perniagaan melalui TT Live Mall ini tidak memerlukan modal permulaan, malah tidak ada risiko kerugian,” komen penyanyi Ezlynn (atas) ketika ditemui.

Pemilik nama penuh, Azline Ariffini ini mempunyai perniagaan jamu Aura Kasih dan menyatakan kesediaannya untuk mempromosikan jualan melalui TT Live Mall.

Menurutnya, sebagai sebuah platform dagangan dalam talian secara langsung ia memberikannya peluang untuk mempromosikan sendiri produknya.

"Apabila dibenrkan menjalankan promosi secara 'live' melalui talian ia lebih memudahkan kerana saya sendiri boleh melakukannya tanpa melibatkan orang lain sebagai promoter," tambah Ezlynn.

Menariknya, para usahawan TT Live Mall boleh menjalankan urusan perniagaan masing-masing di mana mana sahaja dan pada bila-bila masa terluang.

“Tidak kira siapa dia, sama ada tua atau muda, pelajar, penganggur atau pun pesara sekali pun bebas berniaga apa juga jenis barangan yang difikirkan sesuai dengan dirinya dari ribuan jenis barangan yang tersedia oleh TT Live Group atau mempromosi dan menjual produk sendiri,” ulas Datuk Kevin selanjutnya.

Sehingga kini TT  Live Group telah memiliki lebih daripada 100 orang ‘influencers' (personaliti berpengaruh) yang menjalankan transaksi perniagaan melalui TT Live Mall.

“Platform ini sekarang sudah sedia mempunyai penonton dan pembelinya malah kami akan  memperluaskan promosi serta publisiti mengenainya agar TT Live Mall terus mencapai matlamatnya sebagai platform perniagaan secara live terunggul di rantau Asia,” akhiri Kevin.

Dengan tagline yang membawa erti sama seperti Air Asia, "Everyone Can Fly", tagline untuk TT Live Mall pula berbunyi "You Can Be An Entreprenuer, Anywhere, Anytime" atau dalam Bahasa Malaysianya "Anda Boleh Menjadi Usahawan, Di mana-mana, Bila-bila Masa".

Info lanjut layari laman rasminya www.ttlivemall.com atau laman sosial Facebook TT Live Mall. - KitaReporters.com

Majlis menandatangan MoU antara negara-negara yang terbabit.

0
4
0
0
0

Copy Link: