Thailand hantar balik sampah! Kepada pengunjung taman negara
Published byAMALAN membuang sampah ke dalam tong sampah telah diterap sejak awal lagi, namun amalan mulia itu sukar dipraktikkan tidak kira individu yang masih kecil atau yang sudah berusia. Hakikatnya amalan sedemikian adalah perkara mudah kerana tong sampah disediakan di mana-mana sahaja namun terlalu sukar diikutkan. : KitaReporters
SAMPAH yang dikumpulkan di tepi khemah pengunjung dan dikumpulkan sebelum dibalut untuk dihantar semula kepada pemiliknya sebagai cenderahati. - Kredit foto: Faceboot TOP Varuwut.
Lagi cerita-cerita berkaitan sampah:
https://kitareporters.com/search?search=sampah
Baru-baru tular dalam media sosial, pihak pengurusan Taman Negara Thailand menemui kaedah berkesan bagi menangani pembuangan sampah berkenaan menerusi penghantaran semula sampah tersebut kepada tuannya.
Pelik kan bunyi? Tapi itulah realitinya.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Thailand, Varawut Silpa-archa menerusi Facebook peribadinya, TOP Varawut yang meminta kakitangan membungkus semula sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung ke kawasan berkenaan.
Bungkusan sisa sampah itu akan dihantar terus ke alamat pengunjung mengikut rekod penginapan mereka.
DIBALUT kemas dan dimasukkan ke dalam kotak untuk dihantar kepada pemiliknya.
Ternyata, kaedah berkenaan dibuat bagi membendung orang ramai daripada terus membuang sampah merata-rata. Menerusi perkongsiannya, beliau menyatakan kaedah yang diamalkan berjaya memberi pengajaran kepada pengunjung.
“Dalam hal ini, kami sengaja mengumpulkan semua sampah anda di dalam kotak dan menghantarnya ke rumah anda sebagai cenderahati.
“Ia adalah pengajaran untuk anda tidak lagi membuang sampah di tempat lain di masa akan datang," tulisnya.
DILETAKKAN di dalam kotak menyerupai hadiah
Bagusnya tindakan sedemikian!! Walaupun nampak remeh tapi memberi pengajaran tersendiri kepada pengunjung.
Kaedah sedemikian bukanlah sesuatu yang baharu, malah Malaysia sendiri pernah melakukan.
Perkara sama dilakukan oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, (ketika itu) berjaya menghantar pulang 150 kontena sisa pepejal plastik dianggarkan 3,737 tan metrik, ke negara asalnya.
TURUT dikepilkan bersama sekeping surat sebagai tanda peringatan yang dihantar bersama himpunan sampah.
Kan dah kena!
Dah disediakan tong sampah pun tapi tak mahu gunakan…jadi
terimalah balasannya! - KitaReporters