SEORANG lelaki berusia 74 tahun dan sudah berstatus seorang datuk merupakan pencinta alam sekitar dan memperlihatkan  komitmen untuk menjaga pantai daripada dicemari dengan pelbagai jenis sampah. : KitaReporters

Tengku Ali di bahagian luar muzium botolnya. - Kredit foto: AFP


Lagi cerita-cerita berkaitan alam sekitar:

https://kitareporters.com/search?search=alam+sekitar


Sejak 15 tahun lalu, Tengku Mohd Ali Tengku Mansor menjalankan misi alam sekitar dengan mencari dan mengumpul botol-botol yang terdampar di pantai Laut China Selatan yang berbatu itu.

Pelbagai jenis botol yang dipamer di muzium kacanya. - Kredit foto: AFP

Sehingga kini dia telah mengumpulkan kira-kira adalah 9,000 botol pelbagai warna, bentuk dan ukuran.

Sekarang ribuan botol itu dipamerkan di sebuah rumah kayu yang diubah suai menjadi muzium atau dikenali sebagai ‘Rumah Botol’, kata agensi berita AFP.

Cara Tengku Ali mengutip botol yang terdampar di pantai. Kredit foto: AFP

'Rumah Botol’ ini terletak di Penarik, Terengganu dan ia terletak bersebelahan rumah Tengku Ali. 

Ketika pandemik Covid-19 ini, Tengku Ali menyibukkan diri dengan melekatkan pecahan kaca untuk membuat botol lebih terlihat estetikanya. - KitaReporters

Ketika pandemik Covid-19 Tengku Ali menambahkan nilai estetika botol-botol yanng dikumpul. - Kredit foto: AFP

0
0
0
0
0

Copy Link: