KURANGNYA pengetahuan dan maklumat mengenai kemudahan mendapatkan kos rawatan kesihatan dan perubatan percuma dalam kalangan rakyat Terengganu menyebabkan program Kad Sejahtera yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu tidak mendapat sambutan. Ruginya!! : KitaReporters

Kad Sejahtera Terengganu untuk kemudahan mendapatkan rawatan perubatan percuma di hospital dan klinik swasta di negeri tersebut.


Lagi cerita-cerita berkaitan kesihatan:

https://kitareporters.com/search?search=kesihatan


Kad Sejahtera Terengganu yang diperkenalkan pada Julai 2019 bertujuan untuk meringankan beban rakyat yang kurang berkeupayaan untuk menanggung kos perubatan dan rawatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, kad tersebut mempunyai nilai RM500 untuk tempoh setahun. Had penggunaan adalah RM70 untuk sekali transaksi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak  


Katanya, kad tersebut boleh diguna pakai di klinik-klinik swasta terpilih di seluruh Terengganu. Terdapat 22 klinik swasta yang menyertai program berkenaan.

Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata,Kerajaan Negeri menyasarkan 20,000 keluarga menerima manfaat menerusi program kad tersebut pada setiap tahun.

Sebagai permulaan katanya, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM10.9 juta untuk tujuan berkenaan

Beliau berkata, ketika ini golongan B40 dengan pendapatan purata per kapita keluarga di bawah RM2,800 setiap bulan layak membuat permohonan untuk mendapatkan manfaat kesihatan melalui program Kad Sejahtera Terengganu yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri.

Seorang suri rumah menunjukkan Kad Sejahtera yang diperolehinya


Dr Alias berkata ketika ini proses permohonan sedang dilakukan untuk golongan B40 melalui pelbagai agensi termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

"Sejak dilancarkan pada Julai 2019, penerima manfaat Kad Sejahtera ialah seramai 12,126 bagi tempoh  hingga Disember 2019,” katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika melancarkan Program Kad Sejehtera pada Julai 2019 di Kuala Terengganu


Beliau berkata, pembayaran yang telah dituntut atas penggunaan yang dibuat oleh pemilik Kad Sejahtera Terengganu pula ialah sebanyak RM364,388 bagi tempoh September hingga 31 Disember 2019.

Beliau mengakui masih ramai rakyat tidak tahu tentang program ini dan beliau berharap pemimpin masyarakat akan lebih turun padang bagi memberi penerangan supaya penduduk dapat menikmati manfaat ini.

"Selain itu, jumlah penyertaan klinik swasta juga masih kurang, mungkin sebab mentaliti yang menganggap bayaran kerajaan nanti lambat dan ambil masa tiga atau empat bulan, jadi tak banyak yang mahu jadi klinik panel program ini," katanya. - KitaReporters

112
21
15
8
15

Copy Link: