KALAU kita kata demam denggi dan Covid-19 adalah sama, mungkin ada pihak yang tidak bersetuju. Kenapa boleh berlaku begini? Kerana kita tiada ilmu pengetahuan yang cukup. Apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan kempen kesedaran, kita tak berminat nak ikut. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan penyakit:

https://kitareporters.com/search?search=penyakit


Sebenarnya demam denggi dan Covid-19 memang punya persamaan. Bahaya antara dua wabak ini juga adalah sama iaitu mampu membunuh manusia. Cuma, demam denggi kita boleh nampak penularannya melalui nyamuk Aedes, sedangkan Covid-19 tidak boleh nampak pada mata kasar.

Bayangkan, di sekeliling kita sudah lama ada wabak berbahaya ini (denggi). Namun masyarakat kita seolah-olah tak ambil kisah sangat. Apatah lagi pada masa Covid-19 sedang menjadi pandemik ini, denggi bagaikan dilupakan terus.

Buat masa sekarang tiada sebarang spesifik ubat dijumpai. Hanya bergantung kepada rawatan terhadap simptom sahaja. 

Pesan KKM kepada masyarakat sejak 40 tahun dahulu, amalkan 10 minit seminggu untuk cari, periksa dan musnah kawasan habitat nyamuk Aedes.


Setakat ini, kawalan pencegahan dari wabak berkenaan seperti disarankan oleh KKM adalah ‘vaksin’ paling berkesan untuk denggi, juga untuk Covid-19. Pokoknya, jangan ‘keras kepala’ atau degil apabila KKM memberi nasihat atau panduan kesihatan.

Untuk proses ini, pujian wajar diberikan kepada KKM kerana telah memperkasakan sebuah badan yang digelar Kumpulan Sukarelawan Communication for Behavioural Impact atau “Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku”, atau singkatannya COMBI.


COMBI diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2001 sebagai salah satu strategi untuk menangani masalah denggi di Malaysia. Ia menjalankan banyak aktiviti berteraskan pencegahan dari Aedes, antaranya lawatan ke premis, edaran risalah kesedaran, hebahan maklumat melalui poster, media sosial dan kerjasama dengan media.

Organisasi ini juga melakukan nasihat individu, latihan, gotong royong, ceramah berkelompok, perbincangan kumpulan berskala kecil, tunjuk ajar, pameran, dialog, forum awam, tayangan video dan pelbagai lagi.


Sedar tak sedar, bilangan COMBI mengikut negeri sehingga tahun ini sudah mencecah lebih 26,000 ahli di lebih 3,000 lokaliti. Difahamkan, negeri teramai yang mempunyai keahlian adalah Negeri Sembilan, diikuti Selangor dan seterusnya Terengganu. Negeri paling rendah keahlian COMBI ialah Labuan, diikuti Melaka dan Pahang.

Namun, COMBI harus lebih fokus kepada asas utama penubuhannya, selari dengan namanya sendiri, yakni membentuk sebuah sikap masyarakat untuk menjadi ‘benteng utama’ memberhentikan penularan wabak denggi.



Bukan hanya bergantung kepada program-program yang telah sedia ada dilaksanakan, namun perkara yang paling penting untuk COMBI ini adalah mengenai bagaimana sikap masyarakat mampu diubah sehingga negara kita mencapai sifar (0) kes demam denggi.

Justeru, masyarakat harus terus peka dengan setiap wabak-wabak yang sedang melanda lokaliti kita ini. 

Jika nak diikutkan, wabak denggi jauh lebih parah berbanding wabak Covid-19

Bayangkan, dalam masa empat bulan pertama tahun 2020 ini, mereka yang positif Covid-19 mencecah angka 6,380 kes, tetapi untuk yang positif denggi mencecah angka 40,973 kes keseluruhannya. - KitaReporters

0
0
1
0
0

Copy Link: