Terbaik APM Setiu! Berjaya tangkap ular tedung selar 5meter!
Published byBUNYI berketuk-ketak tiga ekor ayam telah menyedarkan seorang warga emas yang berusia 60-an yang tinggal di Kampung Jelapang, Sungai Tong, Setiu, Terengganu tentang kehadiran seekor ular tedung selar sepanjang lima meter di dalam reban ayamnya petang semalam, Rabu, 11 November 2020. : KitaReporters
EMPAT anggota APM Daerah Setiu berjaya menangkap ular tedung selar sepanjang lima meter dan seberat 10 kilogram di Kampung Jelapang, Setiu, Terengganu pada pukul 7.40 malam tadi, 11 November 2020. - Kredit foto: APM Daerah Setiu
Lagi kisah-kisah berkaitan ular:
https://kitareporters.com/tag/ular
Sebelum itu, warga emas terbabit sedang berada di dalam rumahnya dan apabila mendengar bunyi bising ayam itu beliau turun ke tanah dan mendapati haiwan berbisa yang seberat 10 kilogram itu sedang berada di reban ayamnya.
ULAR tedung selar yang ditangkap di rumah seorang warga emas di Kampung Jelapang, Setiu malam tadi, 11 November 2020. - Kredit foto: APM Setiu
Akibat kejadian menakutkan yang berlaku kira-kira pukul 5 petang semalam itu telah menyebabkan warga emas berkenaan meminta pertolongan dengan seorang jirannya, Azman Musa, 48, supaya menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Setiu.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Setiu, Kapten (PA) Mohd Nizu Husien memberitahu pihaknya menerima panggilan dari Azman pada 6.05 petang semalam 11 November 2020.
MOHD NIZU HUSIEN
Beliau berkata , sebaik sahaja menerima maklumat itu APM Daerah Setiu telah menghantar empat anggotanya ke lokasi kejadian tersebut yang terletak di kawasan pendalaman.
``Kami tiba di tempat kejadian itu kira-kira pukul 6.55 petang dan anggota terbabit mengambil masa selama 45 minit untuk menangkap ular tedung selar dalam keadaan cuaca yang gelap,’’ katanya ketika dihubungi hari ini, Khamis 12 November 2020.
Ular tersebut berjaya ditangkap pada pukul 7.40 malam dan akan diserahkan kepada Pejabat Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu.
Haiwan itu, jelas Mohd Nizu, dipercayai mungkin datang dari kawasan hutan yang berdekatan dengan rumah warga emas berkenaan.
ULAR tedung selar berjaya ditangkap oleh APM Daerah Setiu. - Kredit Foto : APM Daerah Setiu.
Sementara itu, Azman berkata, jikalau ayam itu tidak berketuk-ketak atau berbunyi bising, kemungkinan warga emas yang tinggal bersendirian itu tidak mengetahui ular tedung selar sedang berada di dalam rebannya dengan tiga ekor ayamnya di reban, sekali gus boleh membahayakan warga emas tersebut. - KitaReporters