BERTEPATAN dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dikuatkuasakan ekoran negara berdepan pandemik COVID-19 sejak tahun 2020, rakyat Malaysia khususnya peniaga tempatan diajak menyertai 'Karnival Malaysia Virtual 2021' yang julung kalinya diadakan bermula  dari 6 hingga 15 Ogos 2021 ini.

Majlis pelancaran secara mayanya  bakal disempurnakan pada 8 Ogos 2021 oleh Tourism Malaysia,  pada jam 8 malam di mana orang ramai boleh akses melalui platfom www.malaysiacarnival.com untuk menyaksi dan memeriahkan liputannya secara langsung.

Diilhamkan oleh Presiden dan Pengasas Ratu Kebaya Malaysia (Miss Malaysia Kebaya atau MMK), Dr.  Jason Hee Jee Pin (gambar bawah) dan rakan perniagaannya, Nicole Fe Lynne, karnival maya ini merupakan satu inovatif yang diciptakan bersesuaian dengan situasi masa dan norma baharu yang dihadapi negara ketika ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan karnival


“Karnival maya ini bertujuan mendorong negara untuk menyokong peniaga yang  dilanda teruk pada masa-masa yang mencabar ini terutama jenama tempatan, termasuk Perusahaan Kecil hingga Sederhana yang terkesan,” ujar Dr. Jason ketika diwawancara secara maya pada majlis sidang media mengumumkan 'Karnival Malaysia Virtual 2021'yang berlangsung pada 2 Ogos 2021 lalu.

Turut hadir Datuk Rashidi Hasbullah, Timbalan Presiden Pertubuhan Pelancongan Penyelidikan Dunia (WRTO) Malaysia Chapter yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian &  Kebudayaan Malaysia (MOTAC) serta Mohd Amran Mohd Haris selaku Timbalan Ketua Pengarah (Kesenian & Kebudayaan) JKKN.

Bercerita lanjut, Dr. Jason memberitahu, karnival dijangka akan melibatkan penyertaan kira-kira 50 vendor tempatan di samping beberapa aktiviti santai dan hiburan diadakan yang kesemuanya ditampilkan melalui platfom maya berteknologi tinggi yang baharu dibangunkan dengan tajaan Virtualtech Frontier & Recur Consult di bawah teraju Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jason Low.


Lakaran imej Platform Karnival Malaysia Virtual 2021.

“Walaupun dalam keadaan sekarang, kita harus terus positif dan berusaha untuk menjadi kreatif serta dinamis bagi mengatasi segala cabaran,” tambah Dr. Jason sambil berpendapat perkhidmatan membeli-belah dan penghantaran dalam talian telah menjadi pilihan dan mengubah tabiat membeli-belah pengguna dewasa ini.

Pun begitu, ‘Karnival Malaysia Virtual 2021’ ini tidak hanya terhad untuk pembelian sahaja bahkan akan menampilkan beberapa aktiviti sampingan seperti  jualan kilat, hadiah, permainan, persembahan muzik, bengkel, acara kecantikan, kesihatan & kecergasan, ceramah dan banyak lagi yang kesemuanya hanya boleh diakses dalam talian.

Selain itu, antara kemuncak aktiviti yang boleh ditumpukan  termasuk sesi fotografi asas bersama Why Not Studio, pertandingan warna kanak-kanak oleh TY Malaysia malah anda boleh segarkan pagi dengan mengikuti senaman ringan melalui kelas yoga dan kecergasan secara langsung yang disampaikan oleh Yomaster Dr. Adrian Suresh dari Anti Aging Yoga & Wellness Malaysia.


Spesifikasi lakaran 'booth' yang boleh ditempah secara percuma.


Dalam pada itu, pihak penganjur tidak ketinggalan menjalankan acara amal ‘Do Something Good’ (Buat Perkara Baik) bersama rakan kongsi, sukarelawan, NGO dan mana-mana individu untuk mengumpulkan dana bagi menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan makanan serta keperluan harian.

“Kami berhasrat mengumpul sekurang-kurangnya RM20,000 dari inisiatif ini dengan sasaran membantu kira-kira 200 keluarga,” jelas Dr. Jason.

Pelbagai program hiburan juga akan ditampilkan  bersama dengan pertunjukan yang menyasarkan tema budaya, fesyen dan bakat. 

Pendek kata, aktiviti-aktiviti yang dirancang boleh disertai semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak yang sekarang pintar IT.

“Menutup rancangan setiap hari (kecuali pada hari Isnin) akan diadakan persembahan muzik secara langsung dari penghibur terkenal Malaysia yang dipersembahkan oleh Musicians for Musicians,” tambah Dr. Jason sambil berharap karnival secara virtual yang pertama kalinya diadakan ini mendapat sambutan hangat demi kelangsungan kehidupan semua pada masa sukar ini.



Jadi tandakan kalendar anda pada 6 Ogos ini kerana kemasukan ke laman karnival adalah percuma.

Dan bagi peniaga yang ingin menyertai karnival ini masih boleh mengemukakan permohonan kepada urusetia memandangkan pendaftaran adalah percuma  walaupun mereka akan diminta secara rundingan untuk menyumbang sejumlah kecil hasil jualan yang diperoleh kelak.

“Selain itu, mereka hanya perlu menyumbang sejumlah kecil produk jualan atau perkhidmatan sebagai hadiah promosi untuk cabutan bertuah yang dijalankan setiap hari,” akhiri Dr. Jason.

Makumat lanjut boleh menghubungi Dr. Jason menerusi talian 012 9211486 atau layari laman web malaysiacarnival.com. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: