Berita Terkini| Hospital Medan ATM di Kapit beroperasi 10 Mei! Bantu rawat kes bukan Covid-19!
Published byHospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Masyarakat Melayu Kapit dijadualkan dibuka pada 10 Mei 2021. - Kredit foto: Ihsan Sel Perhubungan Raya 1 DIV
HOSPITAL Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dibuka di Dewan Masyarakat Melayu Kapit,
Sarawak yang dijangka mula beroperasi 10 Mei 2021 mampu memuatkan 40 katil pada
satu-satu masa.
Panglima 1 Divisyen Infantri, Tentera Darat Malaysia (TDM), Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa berkata hospital yang dibuka di bandar pentadbiran kawasan hulu Rajang itu sebagai menyokong Hospital Kapit merawat kes bukan Covid-19 serta pesakit luar.
“Pihak kami mendapat bantuan sepenuhnya dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi mengkoordinasi penerbangan membawa aset perubatan dari Kuching dan Kuala Lumpur, sekali gus memudahkan proses penubuhan hospital medan ini.
"Pengoperasian hospital medan ini akan dibarisi tujuh pegawai perubatan serta 35 pembantu perubatan ATM dan akan turut dibantu staf perubatan dari Hospital Kapit.
“Pembukaan Hospital Medan ATM ini akan dapat mengurangkan beban rawatan pesakit bukan Covid-19 khususnya di kawasan Kapit," katanya dalam satu kenyataan pada 8 Mei 2021.
Hospital Medan ATM di Kapit adalah yang kedua selepas kejayaan pengoperasian Hospital Medan ATM di Tawau, Sabah sekali gus menepati tema Hari Tentera Darat Ke-88, `Sinergi Tentera Darat dan Rakyat, Tunjang Kedaulatan Negara'. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter