"LABAIK allahuma labaik labaik la syarika laka labbaik.. aku datang memenuhi panggilan-Mu ya Allah, aku datang memenuhi panggilan-Mu, aku datang memenuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, aku datang memenuhi panggilan-Mu...." : KitaReporters
Kosong.... kawasan mataf di depan Kaabah dibersihkan sepenuhnya. - Gambar FB Anas Abdul Rahman perkongsian Firdaus Noor
"Ya Allah, ampun dosa kami, jangan hilangkan ucapan ini apabila kedua-dua Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidilharam di Mekah dikosongkan berikutan langkah kerajaan Arab Saudi melakukan operasi sterilisasikan sejak 5 Mac 2020, membabitkan tempat menjadi kunjungan jamaah umrah."
Seruan puji-pujian kepada Allah SWT dan meminta keampunan ini dilakukan oleh rombongan umrah atau haji dalam perjalanan memasuki Kota Mekah.
Dan dalam tempoh kota itu 'kosong' suara yang didengari penuh sayu ini kian 'hilang' bila penziarah tidak dibenarkan masuk ke kota suci itu.
Media berita AlJazeera dan Tribunnews.com melaporkan sekitar Kaabah dikosongkan untuk sementara waktu untuk membolehkan kerja membersih dan sterilisasi secara besar-besaran dilakukan bagi menjamin keselamatan dan nyawa pengunjung berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara itu.
Gambar FB Anas Abdul Rahman perkongsian Firdaus Noor
Mutawif dari Andalusia, Anas Abdul Rahman dalam posting Facebook terbaru mencatatkan sumber yang layak dipercayai memberitahu, penutupan lapangan terbang di Jeddah dan Madinah kerana pihak berkuasa mahu memasang alat kesan haba bagi mengesan jangkitan virus Covid-19.Beliau yang kini berada di Baitulmaqdis meminta jamaah umrah bertenang kerana pada masa ini, kedutaan tidak dapat pastikan bila arahan visa akan ditarikh balik.
Sejak 27 Februari 2020, visa umrah dari seluruh dunia dibatalkan dan pada Jumaat, 5 Mac 2020, kawasan tumpuan umat Islam ditutup sepenuhnya untuk dibersihkan berikutan ada pengunjung termasuk dari Iran, negara yang dilaporkan paling ramai pesakit itu turut membuat umrah.
Kerajaan Arab Saudi juga menutup mataf (kawasan untuk tawaf di sekeliling Kaabah) dan laluan sa`i antara Safa dan Marwah di Masjid Haram sepanjang penangguhan operasi umrah berkenaan.
Anas bersama rombongan sebelum visa dibekukan.
Membeli-belah selepas bersolat di Masjidilharam.
Sementara itu, di masjid Nawabi di Madinah pula, pekarangan kawasan lama di Al-Raudah Al-Sharif juga akan ditutup untuk pengunjung. Di Raudah ini adalah lokasi makam Nabi Muhamad S.a.w, Abu Bakar al-Siddiq dan Umar al-Khattab.
Penutupan operasi umrah ke Madinah ini sudah mestinya menjejaskan perniagaan yang majoritinya bergantung kepada kedatangan untuk melawat Masjid Nabi dan tempat bersejarah yang dibangunkan oleh baginda.
Malah dalam satu ceramah kepada rombongan umrah, seorang mutawif menggalakkan ahli jamaah membeli-belah di Madinah kerana ekonomi di bandar itu bergantung kepada kedatangan penziarah.
Harga emas di Madinah dikatakan lebih murah.
Kedai cenderamata di depan Masjid Nabawi.
Akhbar Arab News juga melaporkan, kawasan Kaabah hanya dibenarkan untuk penduduk tempatan saja.
Mataf akan ditutup selepas isyak dan dibuka 1 jam sebelum subuh. Tidak dibenarkan tidur dalam masjidilharam sebagaimana sebelum ini kerana orang tidur untuk bersolat tahajud.
Akhbar itu juga melaporkan pihak berkuasa tidak membenarkan makanan dan minuman dibawa masuk ke dalam kawasan Kaabah.
Beberapa jamaah yang dibenarkan berada di dalam Masjidilharam pada 4 Mac 2020. - Gambar AmrNabil/ AP
Tiada lagi kedengaran hiruk pikuk, Kota Mekah dan Madinah akan 'sunyi' sepanjang penangguhan umrah yang mungkin juga menjangkau sehingga musim haji sekiranya wabak itu tidak menunjukkan tanda akan reda.
Jika tidak setiap kali masuk waktu solat, orang ramai berpusu-pusu menuju ke Masjid Nabawi dan Masjidilharam untuk menuaikan solat.
Kedai ditutup dan tidak ada yang berkeliaran di kawasan perniagaan atau di jalan raya.
Selesai solat, kedai makan, kedai cenderamata tiada lagi dipenuhi pelanggan yang tawar menawar untuk membawa balik cenderamata.
Hebat di kedua-dua kota suci ini, pekedai menjual barangan dengan harga murah dan kaum wanita memang menjadi tumpuan apabila aksesori, perhiasan rumah, beg, kasut dan jubah buatan Dubai, India dan Pakistan sentiasa ditawarkan dengan jauh lebih murah. Ada itu, tiga pasang jubah berharga RM100.