Berita Terkini| Kakak lemas setelah selamatkan adik bongsunya! Mandi sungai bersama tiga adik!
Published byMayat mangsa ditemukan lemas di Sungai Moyog, Kampung Kambau, Penampang oleh penduduk kampung. - Kredit foto: Media sosial
KEGEMBIRAAN empat beradik mandi-manda di Sungai Moyog, Kampung Kambau, Penampang, Kota Kinabalu bertukar tragedi setelah salah seorang daripada mereka ditemukan lemas pada 8 Ogos 2021.
Tambah mengharukan, kejadian kira-kira 11.14 pagi itu berlaku sewaktu mangsa, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun cuba menyelamatkan adiknya yang hampir lemas dibawa arus.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd Haris Ibrahim berkata, bertindak atas maklumat diterima daripada orang awam pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bergegas ke lokasi kejadian.
“Mangsa bersama tiga adiknya dikatakan mandi sungai berhampiran rumah mereka kira-kira jam 9 pagi. Namun, secara tiba-tiba adik bongsunya hanyut dibawa oleh arus dan mangsa cuba selamatkannya.
“Namun setelah adiknya berjaya diselamatkan mangsa dilihat tenggelam dan dikhuatiri lemas. Adik mangsa pulang ke rumah maklumkan kejadian itu kepada ibu bapa mereka.
“Gerakan mencari dan menyelamat mangsa terus dilakukan penduduk setempat. Mayat mangsa berjaya ditemukan tidak jauh dari lokasinya dilihat tenggelam,” katanya yang dipetik laporan Utusan Malaysia, 8 Ogos 2021.
Tambah
Mohd Haris, mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan
sebagai laporan mati mengejut. - KitaReporters